Mengenai Kami

Affin Bank Berhad (AFFINBANK) adalah subsidiari milik penuh Affin Holdings Berhad yang tersenarai di Bursa Malaysia. AFFINBANK mula beroperasi pada bulan Januari 2001 susulan daripada penggabungan Perwira Affin Bank Berhad dan BSN Commercial (M) Berhad pada bulan Ogos 2000. Pada Jun 2005, ia bergabung dengan Affin-ACF Finance Berhad.

AFFINBANK menawarkan pelbagai pilihan produk dan perkhidmatan kewangan yang memenuhi kehendak pelanggan-pelanggan individu dan korporat. Sasaran bidang pihak perniagaan pihak Bank telah dikategorikan di bawah unit-unit perniagaan utama di dalam Bank, iaitu Perbankan Pengguna, Bahagian Korporat & Perniagaan Awam, Bahagian Perusahaan Kecil & Sederhana dan Perbendaharaan.

Cogan kata kami “Perbankan Tanpa Batasan” menghalang penghapusan halangan-halangan yang terada dalam proses-proses Bank dan juga perubahan di dalam perkhidmatan pelanggan kami. Seterusnya ia juga melambangkan usaha pihak Bank dalam memenuhi keperluan pelanggan-pelanggan dan meningkatkan perkhidmatan kami sebagai tanda penghargaan kepada mereka dan juga mengekalkan perhubungan baik dengan pelanggan-pelanggan tersebut. Secara ringkas, AFFINBANK telah menggunakan kaedah baru di dalam perbankan dan mengubah cara perbankan konvensional.

AFFINBANK juga menyediakan produk-produk perbankan Islam melalui subsidiari perbankan Islam iaitu Affin Islamic Bank Berhad ( AFFIN ISLAMIC ). AFFIN ISLAMIC bermula operasi sebagai entiti perbankan Islam sepenuhnya pada 1 April 2006, dan menawarkan produk dan khidmat Perbankan Islam untuk pelanggan-pelanggan individu dan korporat yang mematuhi undang-undang Syariah.

Pada 31 Disember 2016, AFFINBANK mempunyai 107 cawangan di seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.affinbank.com.my atau kunjungi mana-mana cawangan AFFINBANK atau AFFIN ISLAMIC.

VISI

Rakan perdana bagi pertumbuhan kewangan dan perkhidmatan berinovatif

MISI

Untuk menyediakan penyelesaian dan perkhidmatan kewangan berinovatif kepada pelanggan-pelanggan sasaran untuk menghasilkan keuntungan dan mewujudkan nilai bagi pemegang-pemegang saham kami dan pemegang-pemegang pelbagai kepentingan lain.

Selaras dengan itu, kami menyediakan peluang-peluang kepada kakitangan untuk menyumbang dan cemerlang; dan berdaya saingan dalam menyediakan penyelesaian dan perkhidmatan kami kepada pelanggan-pelanggan kami yang dihargai.

Kami akan menjalankan perniagaan kami dengan penuh integriti dan profesionalisme dalam usaha mematuhi prinsip dan amalan urus tadbir korporat yang baik.

Struktur Korporat

Klik Untuk Melihat Struktur Korporat

Alamat Korporat

 

Ibu Pejabat:

AFFIN BANK BERHAD
17th Floor, Menara Affin
80, Jalan Raja Chulan
50200 Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan
Malaysia.

Telefon : +603-2055 9000
Faksimili : +603-2026 1415
Talian Terus : 1 800 88 3883
Alamat Swift : PHBMMYKL

Perbankan Internet Runcit

Perbankan Internet Korporat

Hubungi Kami

Pusat Panggilan
03-5522 3000

Cawangan pin_drop
Tarif Caj insert_drive_file
Kadar & Caj attach_money
Kalkulator phonelink_ring