Soalan-soalan Lazim

 

Mengenai affinOnline.com

1. Apakah itu affinOnline.com?

affinOnline.com adalah perkhidmatan berasaskan Internet yang menyediakan anda cara yang selamat dan mudah untuk membuat transaksi perbankan anda. Dengan perkhidmatan ini, anda boleh melihat baki akaun anda, memindah dana, membayar bil dan menghantar permintaan perkhidmatan kepada Bank dari mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa setiap hari, 24 jam sehari dan 7 hari seminggu.

2. Mengapa harus saya pilih affinOnline.com?

Ia menyediakan akses terkini kepada akaun anda dari mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa selagi anda mempunyai akses kepada Internet.

Ia menyenangkan, selamat dan mudah digunakan. Anda boleh melaksanakan transaksi perbankan selepas waktu perbankan dan baik dari keselesaan rumah mahupun di pejabat anda.

Ia mudah untuk mengakses tanpa sebarang perisian khas, selagi anda mempunyai komputer peribadi dengan akses internet.

3. Siapakah yang layak untuk memohon bagi affinOnline.com?

affinOnline.com tersedia kepada individu-individu, proprietor-proprietor tunggal dan pemegang-pemegang akaun bersama yang mempunyai satu atau lebih akaun berikut:-

  • Akaun Simpanan
  • Akaun Semasa
  • Akaun Deposit Tetap
  • Akaun Pinjaman
  • Akaun Sewa Beli
  • Kad Kredit
4. Sekiranya saya bukan pelanggan Kumpulan Perbankan Affin, bolehkah saya gunakan perkhidmatan ini?

Anda perlu mempunyai akaun dengan Kumpulan Perbankan Affin untuk membolehkan anda mengakses perkhidmatan perbankan internet. Anda boleh mengunjungi mana-mana cawangan untuk membuka akaun dan pada masa yang sama memohon affinOnline.com atau sila hubungi Pegawai Pusat Panggilan kami di talian 03 5522 3000 untuk maklumat lanjut.

5. Apakah perkhidmatan yang tersedia melalui affinOnline.com?

Perkhidmatan-perkhidmatan yang tersedia adalah:

Akaun (Gambaran Keseluruhan semua Mata Wang Tempatan & Asing Konvensional & dan Akaun Islam)

  • Ringkasan Akaun
  • Pertanyaan Butiran Akaun
  • Sejarah Transaksi Internet
  • Penyata Akaun

Pengurus Kewangan Peribadi (PFM)

  • Senarai Kategori Peribadi
  • Pendaftar Utama bagi PFM
  • Pencarian Transaksi
  • Laporan
  • Nilai Bersih

Pemindahan

  • Pindahan Dana antara akaun-akaun anda sendiri
  • Pindahan dana pihak ketiga
  • Pindahan dana antara bank
  • Penyelenggaraan pindahan

Bayaran

  • Bayaran bil
  • Bayaran Kad Kredit
  • Bayaran Balik Pinjaman
  • Bayaran Balik Sewa Beli
  • Penyelenggaraan Bayaran

Kiriman Wang

  • Pindahan Telegraf Mata Wang Asing
  • Draf Permintaan Mata Wang Asing
  • Cek Jurubank

Perkhidmatan

  • Permintaan Henti Cek
  • Pertanyaan Status Pengeluaran Cek
  • Permintaan Buku Cek
  • Pembatalan Kad Bank
  • Penempatan Deposit Tetap

Utiliti

  • Mengemas kini Maklumat Perhubungan (alamat & butir-butir perhubungan)
  • Pertukaran Keutamaan Akaun

eSaham

  • Permohonan eSaham
  • Penyelenggaraan CDS
6. Saya adalah pemegang akaun bersama. Bolehkah saya melihat dan mengakses akaun tersebut?

Bagi akaun bersama, di mana arahan penandatangan adalah 'mana-mana satu untuk menurunkan tandatangan', anda boleh melihat serta menjalankan transaksi. Dalam kes di mana arahan-arahan penandatangan adalah 'kedua-dua untuk menurunkan tanda tangan', anda hanya boleh melihat akaun tetapi tidak boleh menjalankan sebarang transaksi.

Untuk pengaktifan akaun bersama (baru dan sedia ada), sila kunjungi cawangan AFFINBANK yang berdekatan untuk disenaraikan di dalam perkhidmatan perbankan berinternet.

7. Bagaimana untuk saya memohon bagi affinOnline.com?

Anda boleh memohon bagi akses affinOnline.com kami melalui langkah-langkah mudah berikut ini :-

Bagi Pelanggan-pelanggan Kad Bank / Kad Kredit Affin

  • Anda perlu menjadi pemegang Kad Bank Akaun Simpanan / Akaun Semasa atau Pemegang Kad Kredit Affin.
  • Anda boleh meminta bagi mendapatkan 6-digit IB-PIN (Nombor Pengenalpastian Perbankan Internet Sementara) di  mana-mana ATM Affin Bank kami menggunakan Kad Bank Affin / Kad Kredit Affin anda.
  • **Bagi akaun bersama, di mana arahan penandatangan adalah 'mana-mana satu untuk menurunkan tandatangan' atau 'kedua-dua menurunkan tanda tangan', anda perlu mengunjungi cawangan kami yang berhampiran untuk menghubungkan akaun kepada perkhidmatan Perbankan Internet anda.
  • Hari berikutnya selepas pendaftaran di ATM, pergi ke www.affinOnline.com kemudian klik pada butang Log Masuk Kali Pertama. Ikut langkah-langkah untuk memasukkan Nombor Akses dan IB-PIN anda.
  • Mencipta Nama Pengguna dan Kata Laluan Anda seberapa segara.

Bagi Pelanggan-pelanggan Bukan Kad Bank / Kad Kredit Affin

  • Anda boleh meminta untuk mendapatkan Kad Maya & PIN di mana-mana cawangan Affin Bank kami.
  • Hari berikutnya selepas pendaftaran di Cawangan, Pergi ke www.affinOnline.com dan kemudian klik pada butang Log Masuk Kali Pertama. Ikut langkah-langkah untuk memasukkan Nombor Akses dan IB-PIN dan sempurnakan proses pendaftaran.

 

 

 

Semua Maklumat Adalah Hakcipta Terpelihara © 2011 Affin Bank Berhad.