Siaran Media 2010


5 Ogos 2010

Pengambilalihan PT Bank Ina Perdana oleh Affin Bank Berhad

KUALA LUMPUR, 4 Ogos 2010 - Dalam usaha untuk mengembangkan jangkauannya, Affin Bank Berhad (AFFINBANK) telah mengumumkan pengambilalihannya ke atas bank Indonesia, PT Bank Ina Perdana hari ini.

Pengambilalihan ini adalah yang pertama bagi AFFINBANK untuk meneroka pasaran di luar sempadan Malaysia dan akan dibiayai secara dalaman, dengan anggaran tanda harga sebanyak RM138 juta.

'Kami teruja dengan potensi pertumbuhan di Indonesia terutamanya dengan kedudukan khusus PT Bank Ina Perdana sebagai bank runcit dalam sektor SME. Pengambilalihan ini benar-benar selaras dengan rancangan jangka panjang AFFINBANK untuk mengembangkan lagi perniagaannya dan meningkatkan nilai pemegang-pemegang sahamnya,' kata Dato' Zulkiflee Abbas Abdul Hamid, Pengarah Urusan/ CEO AFFINBANK.

Dato' Zulkiflee juga memaklumkan bahawa walaupun operasi PT Bank Ina Perdana adalah agak kecil dari segi cawangan dan tebarannya, ia mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dan baik serta antara bank bertaraf tinggi dalam industri kewangan Indonesia. Ia mempunyai 22 cawangan yang terletak secara strategik di bandar-bandar utama di Indonesia.

Beliau menambah bahawa penyelarasan antara AFFINBANK dan PT Bank Ina Perdana akan memberikan manfaat kepada kedua-dua pelanggan organisasi dan selanjutnya memacu perniagaan ke tahap berikutnya.

Melalui pengambilalihan dan selanjutnya langganan saham-saham ini, AFFINBANK akan mempunyai pegangan saham majoriti langsung sebanyak 80% dalam PT Bank Ina Perdana. Anggaran harga pengambilalihan akan diubah kepada purata nisbah harga-kepada-buku sebanyak 1.69 kali (berdasarkan aset bersih tidak diaudit PT Bank Ina Perdana setakat 31 Mei 2010).

Kami melihat pengambilalihan ini sebagai satu langkah ke hadapan bagi AFFINBANK dan AFFINISLAMIC. Potensi bagi perbankan Islam di Indonesia adalah besar dan AFFINISLAMIC mempunyai keupayaan dan kepakaran untuk memastikan pertumbuhan dan pembangunan perbankan Syariah memandangkan kami melangkah maju ke peringkat serantau.

'Sesungguhnya, memandangkan kami sedang mendapatkan kelulusan daripada pengawal atur masing-masing iaitu Bank Negara Malaysia dan Bank of Indonesia untuk merealisasikan usaha ini, kami telah mengambil kira kekompleksan setiap pasaran dan kami yakin bahawa langkah ini akan memberikan manfaat kepada semua pihak' Jelas Dato' Zulkiflee.

 

 

 

 

<kembali>

Semua Maklumat Adalah Hakcipta Terpelihara © 2011 Affin Bank Berhad.