APAKAH ITU AFFINBANK?

AFFINBANK adalah sebuah bank perdagangan yang mempunyai 90 rangkaian cawangan di seluruh negara. Kami menyediakan perkhidmatan kepada kedua-dua pelanggan runcit dan pelanggan korporat. Anak syarikat perbankan Islam milik penuh AFFINBANK, Affin Islamic Bank Berhad (AFFINISLAMIC) menawarkan rangkaian lengkap produk dan perkhidmatan kewangan yang berlandaskan Syariah.

Slogan Perbankan Tanpa Batasan™ kami menunjukkan penghapusan batasan dalam proses-proses kami serta sikap kami dalam melayani para pelanggan. Layanan di sini bermaksud menyambut mesra pelanggan-pelanggan, memupuk perhubungan baik dengan mereka, menjadikan setiap pelanggan - tanpa memilih kasih - merasai layanan istimewa melalui kualiti dan penyampaian perkhidmatan yang diberikan kepada mereka. Secara ringkasnya, AFFINBANK dengan sepenuh hati menerapkan pendekatan baru ini untuk menunjukkan pelanggan-pelanggan tentang bagaimana perbankan konvensional seharusnya dikendalikan untuk kemudahan mereka.


ADAKAH SESUAI AFFINBANK UNTUK SAYA?

Melangkah ke hadapan, kami mempunyai warga kerja yang tepat dengan kemahiran yang sesuai untuk memenuhi keperluan pelbagai kapasiti. AFFINBANK menghormati, menghargai dan melihat warga kerja kami sebagai sumber strategik. Sebagai bukti iltizam kami, kami menyediakan dan menganjurkan program-program latihan tetap, melangkaui skop tugas lazim mereka, bagi memperkasakan warga kerja kami untuk memacu masa hadapan Bank.

Kami komited untuk menawarkan kakitangan kami kerjaya yang dipenuhi dengan potensi pertumbuhan melalui peluang-peluang pembangunan yang berterusan. Warga kerja kami bebas untuk menentukan hala tuju kerjaya dan pembangunan peribadi mereka sendiri. Sebagai balasan, kami mengharapkan warga kerja kami dapat berkhidmat dalam pelbagai bidang mereka dengan semangat dan iltizam, integriti dan profesionalisme serta kecakapan dan inovasi sebagai warga AFFINBANK.

 

JADILAH SEBAHAGIAN DARIPADA KAMI!

Sejajar dengan pengembangan dan pertumbuhan perniagaan kami, kami sentiasa mencari individu-individu berbakat dan komited yang bersedia untuk mengembangkan dan meningkatkan kerja mereka bersama AFFINBANK. Sekiranya anda memiliki kelayakan untuk menjadi warga AFFINBANK, memacu AFFINBANK ke puncak yang lebih tinggi, kami mahu mendengarnya daripada anda .

     
           
     

BAGAIMANA CARA UNTUK SAYA MEMOHON?

Sila kemukakan resume lengkap termasuk gaji semasa dan gaji diminta ke:

Pengurus Perekrutan
Affin Bank Berhad
Bahagian Sumber Manusia
Tingkat 11, Menara Affin
80, Jalan Raja Chulan
50200 Kuala Lumpur

E-mel: hr.recruitment@affinbank.com.my

 

Semua Maklumat Adalah Hakcipta Terpelihara © 2011 Affin Bank Berhad.