Telah sampai kepada perhatian AFFINBANK bahawa nama-nama/ butir-butir pengarah, pengurusan kanan, kakitangan Bank, alamat korporat bank, logo bank dan alamat laman sesawang Bank 'yang hampir serupa' sedang disalahgunakan dalam pelbagai bentuk komunikasi termasuk penipuan e-mel langsung, penipuan e-mel dan skim-skim yang dicurigai melibatkan tetapi tidak terhad kepada pelawaan untuk mengambil bahagian dalam pemindahan dana yang tidak wujud, penipuan pewarisan, penipuan 'wang palsu' (black money), pemindahan dana daripada akaun palsu dan rekaan dengan niat untuk menipu.
Kami ingin memaklumkan bahawa Bank tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang ganti rugi / kehilangan yang dialami oleh mana-mana pihak atau pihak-pihak yang bersandar atau bertindak atas kandungan e-mel dan skim yang dicurigai tersebut atau laman sesawang kepunyaan pemilik domain dorman (cybersquatter).
Sila berwaspada terhadap penipuan sedemikian dan beri penekanan yang sama kepada yourvoice@affinbank.com.my selepas menyedari akan hal tersebut.