S1:
J1:
|
Apakah Itu Perbankan Tanpa Halangan?
Perbankan Tanpa Halangan adalah tema yang menjadi asas kepada konsep kami.
Ia merujuk kepada perbankan peribadi bagi SEMUA ORANG yang kami tawarkan di Pusat Perhubungan Pelanggan kami (CRC). Ini dapat dilihat melalui ruang perbankan tanpa kaunter yang membezakan AFFINBANK daripada bank-bank lain dalam industri ini.
|
S2:
J2: |
Apakah yang begitu unik tentang konsep ini?
Persekitaran keseluruhan, terutamanya rasa dan pandangan ruang perbankan yang luar biasa.
|
S3:
J3: |
Adakah ini satu keutamaan cawangan perbankan?
Tidak, perkhidmatan ditawarkan kepada SEMUA pelanggan.
|
S4:
J4: |
Adakah selamat konsep terbuka ini?
Ya. Tetapi anda boleh memilih untuk menjalankan transaksi tunai anda di bilik tunai pukal. Selain daripada itu, kami mempunyai pegawai keselamatan yang mencukupi.
|
S5:
J5: |
Bolehkah saya memohon suatu pinjaman di CRC?
Ya. Anda boleh memohon bagi mendapatkan pinjaman perumahan, kad kredit dan OD serta pinjaman-pinjaman perniagaan kecil.
|
S6:
J6: |
Bolehkah saya membuat pembiayaan perdagangan saya di CRC?
Ya. |
S7:
J7: |
Adakah saya akan dikenakan caj bagi transaksi yang dijalankan di kaunter?
Sejumlah caj minimum akan dikenakan bagi transaksi tunai di bawah RM3K yang dijalankan di kaunter yang boleh dilakukan melalui mesin.
|
S8:
J8: |
Mengapa anda menggunakan kemasan kayu sebagai hiasan dalaman?
Ia menambah keriangan dan kemesraan yang kami cuba tampilkan.
|
S9:
J9: |
Mengapa PC juruwang ditenggelamkan?
Penekanan diberi ke atas aspek kebersihan dan kerapian kawasan kerja. Oleh yang demikian, kami tidak mahu meja yang ada diletakkan dengan terlalu banyak peralatan. Seperti yang anda lihat, meja-meja juruwang kami dibina untuk memenuhi keperluan ini.
|
S10:
J10: |
Adakah terdapat ruang akses internet bagi pelanggan? Adakah terdapat sebarang kata laluan?
Ya. Tiada kata laluan untuk log masuk ke dalam jaringan internet.
|
S11:
J11: |
Saya menyedari terdapat juga mesin pembancuh kopi, adakah saya akan dihidangkan dengan kopi?
Anda dipelawa untuk menikmati kopi layan diri sendiri.
|
S12:
J12: |
Adakah semua cawangan akan kelihatan seragam?
Ya.
|
S13:
J13:
|
Apakah perkhidmatan yang disediakan melalui kemudahan e-perbankan?
ATM bagi pengeluaran tunai, pindahan dana; Mesin Deposit Tunai bagi deposit tunai; Mesin Pengimbasan Cek bagi deposit cek; Pencetak Penyata bagi pencetakan penyata akaun simpanan atau akaun semasa dan Mesin Kemas Kini Buku Simpanan bagi mengemas kini buku simpanan.
|
S14:
J14: |
Adakah kemudahan e-perbankan tersedia 24 jam sehari?
Ya.
|
S15:
J15: |
Siapakah harus saya hubungi sekiranya kad saya tersekat di ATM pada jam 10 malam?
Anda boleh menghubungi nombor talian terus yang dipaparkan pada mesin tersebut.
|
S16:
J16: |
Bolehkah saya membuat bayaran kad kredit menggunakan Mesin Deposit Tunai?
Ya. |
S17:
J17: |
Adakah anda mempunyai pusat panggilan 24-jam?
Kami pada masa ini beroperasi dari jam 9.30 pagi hingga 5.00 petang.
|