Amanah Saham

 

Dalam persekitaran ekonomi hari ini yang mencabar, anda pasti mahu meletakkan pelaburan anda di tempat yang selamat daripada perubahan naik turun dalam pasaran. Manakala pada masa yang sama, anda juga mahu terus menikmati pulangan yang baik atas pelaburan anda. Di Affin Bank Berhad , misi kami adalah untuk membantu anda mencapai impian kewangan anda. Sebagai IUTA, ia membolehkan AFFINBANK menyediakan pilihan amanah saham yang lebih luas kepada pelabur-pelabur. Memenuhi pilihan para pelabur adalah prinsip paling penting. Kami berusaha untuk menyediakan perkhidmatan pada tahap standard yang paling tinggi kepada pelabur-pelabur kami. Kami mempunyai Eksekutif Perhubungan Pelanggan yang cukup terlatih untuk membantu anda menganalisis objektif pelaburan anda dan kecenderungan risiko. Anda akan mendapat akses kepada rangkaian penyelesaian pelaburan yang luas, dan perkhidmatan berterusan untuk memantau prestasi pelaburan anda. Keutamaan-keutamaan kami adalah kepada kehendak dan keperluan pelanggan melalui usaha berterusan, peningkatan dan penambahbaikan untuk memastikan kepuasan pelabur-pelabur kami.

AFFINBANK membawa dana-dana amanah saham berikut dengan pelbagai objektif pelaburan untuk memenuhi keperluan pelabur sebaik mungkin:-

    Tambah Nilai Dana ASNB Dalam Talian melalui affinOnline.com
    Affin Fund Management Berhad
    Alliance Investment Management Berhad
    CIMB Principal Asset Management Berhad
    Hong Leong Asset Management Berhad
    Hwang Investment Management Berhad
    OSK-UOB Investment Management Berhad
    Eastspring Investments Berhad

Untuk maklumat lanjut, hubungi kami di talian 03-2055 9971/ 2055 9341/ 2731 5314 atau kunjungi cawangan AFFINBANK terdekat anda hari ini.

Penafian

  1. Maklumat laman sesawang Internet ini tidak menawarkan atau permintaan bagi pembelian sekuriti, unit atau pelaburan.
  2. Maklumat yang terkandung dalam laman sesawang ini telah diperoleh daripada sumber yang dipercayai dengan suci hati boleh dipercayai, walau bagaimanapun, tiada jaminan diberi dalam ketepatan kesempurnaannya.
  3. Pelabur-pelabur dinasihatkan untuk membaca dan memahami kandungan prospektus berkaitan sebelum membuat pelaburan dan menimbang yuran dan caj yang terlibat.
  4. Prestasi lepas tidak semestinya menunjukkan prestasi masa depannya dan harga boleh turun naik.
  5. Unit-unit akan hanya diterbitkan atas penerimaan permohonan daripada pihak yang dirujuk dan disertakan dengan Prospektus, yang boleh didapati di semua Cawangan AFFINBANK.
  6. Dana tersebut mungkin tidak sesuai untuk keseluruhan dan sekiranya meragui, pelabur-pelabur haris mendapatkan khidmat nasihat bebas.


 
Semua Maklumat adalah Hakcipta Terpelihara © 2013 Affin Bank Berhad.