Memperkenalkan Kredit Kad PIN AFFINBANK dan/atau Kad Debit PIN AFFINBANK/AFFIN ISLAMIC Bank

Dalam pertengahan tahun 2016, seluruh industri telah mula menukar kesemua kad sedia ada kepada kad PIN.

Kredit Kad AFFINBANK dan/atau Kad Debit AFFINBANK / AFFIN ISLAMIC Bank sedia ada anda akan ditukar kepada kad PIN baharu secara berperingkat. Dengan kad PIN baharu, transaksi  kad anda akan disahkan menggunakan PIN, bukan lagi tandatangan. Kad PIN akan meningkatkan keselamatan terhadap penipuan dan penggunaan kad tanpa kebenaran.

Faedah-faedah kad PIN:

  • MENINGKATKAN KESELAMATAN
    Kad PIN adalah lebih selamat daripada tandatangan kerana kedua-dua kad dan PIN diperlukan untuk membuat pembayaran.
  • MUDAH
    Hanya aktifkan kad PIN baharu anda, tukar PIN Sementara dan kad anda sedia untuk digunakan.
  • PEMBAYARAN TANPA SENTUH*
    Hanya ketuk atau lambaikan kad di Terminal Tempat Jualan tanpa sentuh. Tandatangan dan PIN tidak diperlukan bagi transaksi sehingga RM250.
*hanya untuk kad dengan ciri tanpa sentuh
 

Nasihat untuk Ahli Kad yang Berkunjung ke Luar Negara dengan kad PIN.

Sekiranya anda telah menerima kad PIN dan akan berkunjung ke luar negara, sila pastikan anda mempunyai PIN untuk kad PIN anda sebelum meninggalkan Malaysia. Negara-negara yang masih belum bertukar kepada PIN masih memerlukan tandatangan anda untuk mengesahkan pembayaran menggunakan kad PIN. Walau bagaimanapun, disebabkan kad PIN baharu anda menyokong PIN untuk pembelian, sesetengah negara mungkin memerlukan pembayaran dilengkapkan dengan PIN dan bukan tandatangan, dan terdapat risiko kad PIN anda akan ditolak sekiranya anda tidak memasukkan PIN apabila diperlukan. Oleh itu sila pilih PIN untuk kad PIN anda sebelum meninggalkan Malaysia. Sekiranya anda tidak mempunyai PIN untuk kad PIN baharu anda , sila hubungi Pusat Panggilan kami di 03-5522 3000 atau 03-5517 9999 (untuk ahli kad AFFINBANK World MasterCard) untuk mengetahui bagaimana PIN boleh diperolehi.

Walaupun standard untuk pembayaran PIN di Malaysia adalah 6 digit, tetapi di   sesetengah pasaran luar negara, standard pembayaran kad dihadkan kepada 4 digit. Apabila anda berkunjung ke luar negara dengan menggunakan kad PIN 6 digit, ada kemungkinan anda akan mengalami masalah menggunakan PIN 6 digit anda di Terminal Tempat Jualan di luar negara yang menghadkan kemasukkan PIN 4 digit sahaja. Hasil dari peraturan skim kad antarabangsa, Terminal Tempat Jualan yang tidak menyokong panjang PIN lebih dari 4 digit dan standard pasaran untuk PIN 4 digit haruslah dihadkan. Sekiranya anda melakukan transaksi di Terminal Tempat Jualan yang menghadkan kemasukkan PIN 4 digit atau anda terlupa PIN anda, anda mempunyai dua pilihan yang berikut:

  • Yang pertama, minta penjual untuk memintas kemasukkan PIN dan tandatangan;
  • Sekiranya, pilihan pertama tidak boleh dilakukan, atau penjual enggan membenarkan tandatangan, maka anda hendaklah memilih cara pembayaran yang lain.

Untuk maklumat lanjut, sila klik Soalan-soalan Lazim berikut, hubungi 03-5522 3000 atau 03-5517 9999 bagi Ahli Kad AFFINBANK World MasterCard. Alternatif lain, anda boleh layari www.pinandpay.com.my.

Kunjungi cawangan AFFINBANK / AFFIN ISLAMIC Bank terdekat anda atau layari www.affinbank.com.my / www.affinislamic.com.my untuk terma dan syarat lengkap.

Memperkenalkan Kredit Kad PIN AFFINBANK dan/atau Kad Debit PIN AFFINBANK/AFFIN ISLAMIC Bank

Retail Internet Banking

Corporate Internet Banking

Contact Us

Call Centre
03-5522 3000

Cawangan pin_drop
Tarif Caj insert_drive_file
Kadar & Caj attach_money
Kalkulator phonelink_ring