Penipuan Dalam Komunikasi Telefon

Penipuan Dalam Komunikasi Telefon

Maklumat yang diberikan ini tidak bertujuan memberikan gambaran yang menyeluruh tentang penipuan melalui komunikasi telefon kerana ia adalah hanya berdasarkan kes-kes yang diterima oleh Affin Bank Berhad dan Affin Islamic Bank Berhad.


Pengenalan Pemanggil Olok-olokan

Baru-baru ini telah dibawa kepada perhatian kami bahawa nombor talian am Bank telah disalahgunakan oleh pihak berkenaan untuk tujuan menipu pelanggan yang tidak curiga dalam memberi maklumat peribadi mereka. Nombor telefon yang digunakan adalah atau sangat serupa dengan nombor telefon Bank (contohnya 603-2055 9000, 603-5522 3000).

Berdasarkan aduan yang diterima, kebanyakan panggilan adalah berkaitan dengan urus niaga kad kredit. Contoh termasuk pungutan pembayaran tertunggak, pengesahan transaksi yang dilakukan di lokasi tidak diketahui pelanggan atau transaksi yang tidak dilakukan, kad kredit yang tidak dituntut dan lain-lain.

Kami ingin menasihatkan anda untuk TIDAK melayan panggilan tersebut seperti berikut:

  • Jangan memberi maklumat peribadi anda kepada pemanggil. Bank tidak akan meminta anda untuk mendedahkan maklumat peribadi anda melalui panggilan telefon. Sebaliknya, putuskan talian dan terus hubungi nombor Pusat Panggilan yang ada pada penyata akaun anda, Kad Bank / Kad Kredit atau Laman Web Korporat Bank, www.affinbank.com.my untuk menentukan kesahihan entiti yang kononnya telah memanggil anda.
  • Sila rujuk ke pautan berikut untuk maklumat lanjut penipuan melalui telefon oleh Bank Negara Malaysia: http://fraudalert.bnm.gov.my/
  • Menghubungi pihak Bank dengan kadar segera apabila menerima panggilan tersebut
    • Dengan menghubungi Pusat Panggilan kami melalui talian 03-5522 3000 atau Careline di 1 800 88 3883
    • Melalui e-mel ke yourvoice@affinbank.com.my
    • Dengan melengkapkan Borang Maklum Balas

Pemindahan wang ke akaun pihak ketiga

Mangsa penipuan ini akan dipujuk supaya memindahkan wang ke akaun pihak ketiga. Modus operandi adalah seperti berikut:

  • Pemanggil (penipu), yang mendakwa menjadi wakil pertubuhan terkenal akan menghubungi pelanggan untuk pertandingan atau promosi pelanggan yang kononnya telah dimenangi.
  • Pelanggan akan diminta untuk pergi ke mesin ATM terdekat untuk mendaftar perbankan atas talian dengan alasan bahawa wang hadiah akan dipindahkan ke dalam akaun pelanggan secara atas talian.
  • Pelanggan akan dibimbing tentang langkah-langkah bagi mendaftar perbankan atas talian oleh penipu dan nombor telefon bimbit penipu itu akan didaftarkan untuk menerima Kod Transaksi Kebenaran (TAC).
  • Setelah selesai pendaftaran, penipu itu akan memaklumkan kepada pelanggan tentang bila pelanggan tersebut akan menerima hadiah wang tunai.
  • Dengan maklumat peribadi pelanggan, penipu itu akan mengambil dana daripada akaun pelanggan.

Jika anda telah menjadi mangsa kepada panggilan ini, anda boleh mengambil langkah-langkah seperti berikut untuk mengurangkan kerugian:

  1. Tukar kata laluan atau PIN semua akaun atas talian anda yang mungkin telah terjejas.
  2. Memaklumkan Bank dengan serta merta:
    • Dengan menghubungi Pusat Panggilan melalui talian 03-5522 3000 atau Careline di 1 800 88 3883
    • Dengan e-mel ke yourvoice@affinbank.com.my
    • Dengan melengkapkan Borang Maklumbalas
  3. Mengunjungi mana-mana Cawangan kami dan menutup akaun yang telah diakses serta-merta.
  4. Membuat laporan polis untuk siasatan lanjut.

Untuk maklumat lanjut mengenai pelbagai penipuan kewangan, sila rujuk kepada pautan berikut:

Cawangan pin_drop
Tarif Caj insert_drive_file
Kadar & Caj attach_money
Kalkulator phonelink_ring