News

Announcement


Ketahui Liabiliti Dan Tanggungjawab Anda Sebagai Ahli Kad

Ketahui Liabiliti Dan Tanggungjawab Anda Sebagai Ahli Kad

Adalah penting untuk anda memahami liabiliti bagi transaksi tidak sah dan tanggungjawab anda sebagai Ahli Kad AFFINBANK untuk membantu mengurangkan risiko transaksi tidak sah akibat dari kehilangan, kecurian dan penipuan kad.

Liabiliti Anda bagi Transaksi Tidak Sah

a. Anda bertanggungjawab ke atas transaksi tidak sah berasaskan PIN  sekiranya terbukti anda telah:
  • melakukan penipuan;
  • kelewatan yang munasabah memaklumkan kepada AFFINBANK selepas mengetahui kehilangan atau penggunaan kad tidak sah; atau
  • mendedahkan PIN (Nombor Pengenalan Peribadi) dengan sengaja kepada pihak lain; atau
  • menyimpan PIN di atas kad, atau di atas apa-apa yang disimpan berdekatan dengan kad dan kemungkinan hilang atau dicuri bersama kad.
b. Anda akan bertanggungjawab ke atas transaksi tidak sah dimana memerlukan pengesahan tandatangan atau dengan kad tanpa sentuh, sekiranya terbukti anda telah:
  • melakukan penipuan;
  • kelewatan yang munasabah memaklumkan kepada AFFINBANK selepas mengetahui kehilangan atau penggunaan kad tidak sah;
  • meninggalkan kad atau barang mengandungi kad tanpa dijaga, di tempat yang boleh dilihat dan diakses oleh pihak lain, kecuali di tempat kediaman anda; atau 
  • secara sengaja membenarkan pihak lain menggunakan kad anda.
c. Anda akan bertanggungjawab ke atas transaksi e-perbankan, sekiranya terbukti anda telah:
  • melakukan penipuan;
  • sengaja mendedahkan kata laluan (ID) dan kod laluan kepada mana-mana pihak, melalui e-mail yang tidak dikenali atau di laman sesawang selain dari laman sesawang rasmi pihak Bank;
  • tidak mengambil langkah yang musabah untuk melindungi peranti keselamatan selamat setiap masa; atau
  • gagal melaksanakan kewajipan untuk melaporkan pelanggaran keselamatan kod laluan atau kehilangan peranti keselamatan kepada pihak Bank dengan segera yang munasabah, apabila Ahli Kad menyedari tentang pelanggaran keselamatan kod laluan atau kehilangan peranti keselamatan.
d. Anda bertanggungjawab ke atas transaksi tanpa kad, sekiranya terbukti anda telah:
  • melakukan penipuan; atau
  • gagal melaksanakan kewajipan untuk melaporkan sebarang transaksi tidak sah kepada pihak Bank dengan segera yang munasabah apabila menyedari tentang transaksi tidak sah tersebut.
Tanggungjawab Anda

Anda hendaklah:
a. patuh kepada terma dan syarat penggunaan kad;

b. mengambil langkah berjaga-jaga yang munasabah untuk memastikan kad dan PIN selamat setiap masa, termasuk di tempat kediaman anda. Ini termasuk tidak:
      i) mendedahkan butiran kad atau PIN anda kepada pihak lain;
      ii) menyimpan PIN di atas kad, atau di atas apa-apa yang disimpan berdekatan dengan kad;
      iii) menggunakan PIN yang dipilih dari tarikh lahir, kad pengenalan, lesen memandu atau nombor perhubungan anda;
      iv) membenarkan pihak lain menggunakan kad atau PIN anda; dan
      v) melakukan penipuan.

c. memaklumkan kepada pihak Bank dengan segera yang munasabah selepas mendapati kad anda telah hilang, dicuri, transaksi tidak sah telah berlaku atau PIN telah terjejas;

d. memaklumkan kepada pihak Bank dengan segera apabila menerima Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) amaran transaksi bagi transaksi tidak sah;

e. memaklumkan dengan segera kepada pihak Bank mengenai apa-apa pertukaran nombor perhubungan anda;

f. menggunakan kad dengan bertanggungjawab, termasuk tidak menggunakan kad untuk aktiviti yang tidak dibenarkan; dan

g. menyemak penyata akaun kad dan laporkan sebarang pencanggahan tanpa berlengah.
 
Anda hendaklah memaklumkan kepada AFFINBANK dengan segera selepas mendapati kad anda telah hilang atau dicuri, PIN dan maklumat kad anda telah terjejas atau transaksi tidak sah dibuat menggunakan kad anda dengan menghubungi kami semasa waktu pejabat di 03-5517 9999 (bagi Ahli Kad AFFINBANK World MasterCard), 03-5522 3000 (bagi Ahli Kad Kredit yang lain-lain dan AFFINBANK Debit MasterCard) atau di 03-7947 5488 selepas waktu pejabat.

Retail Internet Banking

Corporate Internet Banking

Contact Us

Call Centre
03-5522 3000

Tariff Charges insert_drive_file
Rates & Charges attach_money
Calculator phonelink_ring