News

News Room


Kumpulan AFFINBANK Lantik Hewlett-Packard Enterprise Untuk Tingkatkan Kecekapan Sistem I.T.

KUALA LUMPUR – Kumpulan AFFINBANK ( "AFFINBANK" atau "Bank") hari ini melantik Hewlett-Packard Enterprise ("HPE") sebagai rakan transformasi untuk meningkatkan kecekapan sistem informasi teknologi (“I.T”) dan transformasi perniagaan yang sentiasa berkembang. 

HPE akan menyediakan perkhidmatan Infrastruktur Sokongan, Pembangunan Aplikasi dan Penyelenggaraan, Perkhidmatan Tempat Kerja serta Perkhidmatan Bantuan.

Di samping itu, HPE  juga akan menyediakan sokongan ‘Platform Atas-Permintaan’ (On-Demand Platform) bagi projek-projek baru AFFINBANK. Kontrak lima tahun ini akan memberi Bank fleksibiliti dan kecekapan perkhidmatan IT untuk menyokong sebarang inisiatif perniagaan baru.

"Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan HPE untuk meningkatkan kecekapan sistem I.T sedia ada yang akan memanfaatkan kedua-dua pelanggan dan kakitangan Bank. Satu sistem yang kukuh nyata amat penting untuk menyokong proses transformasi pendigitalan yang kini berlaku dalam semua bidang perniagaan," kata En. Kamarul Ariffin Mohd Jamil, Pengarah Urusan/ Ketua Pegawai Eksekutif. Affin Bank Berhad, di majlis menandatangani perjanjian yang diadakan di Menara AFFIN sini, hari ini.

"Langkah ini juga selaras dengan Program Transformasi AFFINITY yang memerlukan sistem teknologi terkini agar kami dapat melancarkan inisiatif digital untuk memenuhi permintaan perniagaan masa kini di samping memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada para pelanggan,” katanya.

Selain menyediakan perkhidmatan yang terbaik, HPE juga komited untuk menyediakan sistem teknologi berinovasi tinggi untuk menyokong segala keperluan perniagaan Bank dalam merealisasikan visi teknologinya.

-END-

Untuk sebarang pertanyaan media, sila hubungi:-

Raja Emylia Raja Lope Ahmad
Ketua, Komunikasi Korporat
Affin Bank Berhad
Talian terus : +6 03 2055 9428
Faks            : +6 03 2026 1104
Emel           : head.corpcomm@affinbank.com.my

Darlene Liew
Eksekutif Kanan, Komunikasi Korporat
Affin Bank Berhad
Talian terus : +6 03 2055 9034
Faks  : +6 03 2026 1104
Emel  : darleneliew@affinbank.com.my


Mengenai Affin Bank Berhad (25046-T)

Affin Bank Berhad (AFFINBANK) adalah subsidiari milik penuh Affin Holdings Berhad yang tersenarai di Bursa Malaysia.

Ia mula beroperasi pada bulan Januari 2001 susulan daripada penggabungan Perwira Affin Bank Berhad dan BSN Commercial (M) Berhad pada bulan Ogos 2000. Pada Jun 2005, ia bergabung dengan Affin-ACF Finance Berhad. Ia mempunyai rangkaian 108 cawangan di seluruh negara di Malaysia.

AFFINBANK menawarkan pelbagai pilihan produk dan perkhidmatan kewangan yang memenuhi kehendak pelanggan-pelanggan individu dan korporat. Sasaran bidang pihak perniagaan pihak Bank telah dikategorikan di bawah unit-unit perniagaan utama di dalam Bank, iaitu Perbankan Perniagaan, Perbankan Pengguna dan Perbendaharaan. Perbankan Perniagaan menawarkan perkhidmatan perbankan korporat, pembiayaan kewangan kontrak dan pembiayaan kewangan dagangan kepada syarikat-syarikat korporat pelanggan-pelanggan institusi dan perusahaan kecil dan sederhana. Manakala, Perbankan Pengguna menawarkan kad kredit, pinjaman peribadi, pembiayaan hartanah, perkhidmatan akaun semasa/ simpanan dan juga pinjaman pembiayaan kenderaan kepada individu-individu.

Cogan kata kami “Perbankan Tanpa Batasan” menghalang penghapusan halangan-halangan yang terada dalam proses-proses Bank dan juga perubahan di dalam perkhidmatan pelanggan kami. Seterusnya ia juga melambangkan usaha pihak Bank dalam memenuhi keperluan pelanggan-pelanggan dan meningkatkan perkhidmatan kami sebagai tanda penghargaan kepada mereka dan juga mengekalkan perhubungan baik dengan pelanggan-pelanggan tersebut. Secara ringkas, AFFINBANK telah menggunakan kaedah baru di dalam perbankan dan mengubah cara perbankan konvensional.

AFFINBANK juga menyediakan produk-produk perbankan Islam melalui subsidiari perbankan Islam iaitu Affin Islamic Bank Berhad (AFFIN ISLAMIC). AFFIN ISLAMIC bermula operasi sebagai entiti perbankan Islam sepenuhnya pada 1 April 2006. , AFFIN ISLAMIC mempunyai 9 cawangan dengan sendiri dan menawarkan rangkaian lengkap produk dan perkhidmatan yang merangkumi bidang Perbankan Islam Perniagaan dan Perbankan Pengguna mematuhi prinsip-prinsip dan undang-undang Syariah.

Layari laman www.affinbank.com.my untuk maklumat lanjut.

Retail Internet Banking

Corporate Internet Banking

Contact Us

Call Centre
03-5522 3000

Tariff Charges insert_drive_file
Rates & Charges attach_money
Calculator phonelink_ring