News

News Room


Kumpulan AFFINBANK Raikan Sambutan Tahun Baru Cina Di Rumah Orang Tua Ampang

KUALA LUMPUR – Sempena sambutan Tahun Baru Cina, pihak pengurusan dan kakitangan Kumpulan AFFINBANK ( "AFFINBANK" atau "Bank") hari ini telah meluangkan masa untuk melawat para penghuni Rumah Orang Tua Ampang, Kuala Lumpur. 

Ditubuhkan pada 1953, Rumah Orang Tua Ampang yang terletak di Kampung Baru Ampang kini menempatkan kira-kira 60 warga emas berusia 60 tahun ke atas yang tidak mempunyai anak atau ahli keluarga.

Majlis dimulakan dengan pengagihan hamper dan ‘ang pau’, diikuti dengan makan tengahari.

"Kami amat berbesar hati untuk melawat rumah ini setiap tahun sejak tahun 2013 untuk membawa kemeriahan perayaan Tahun Baru Cina kepada warga tua di sini. Selain itu, kami percaya dalam keseimbangan antara prestasi syarikat dan tanggungjawab sosial kami kepada masyarakat, "kata En. Kamarul Ariffin Mohd Jamil, Pengarah Urusan Ketua Pegawai/ Eksekutif, AFFINBANK.

"Semoga lawatan kami hari ini juga akan membuat mereka berasa lebih ceria dalam menyambut Tahun Baru,” tambah beliau.

Lawatan Tahun Baru Cina ke rumah orang tua ini menandakan permulaan aktiviti-aktiviti kebajikan yang akan dijalankan oleh AFFINBANK sepanjang tahun 2017. Selain mengadakan pelbagai acara kebajikan sempena perayaan-perayaan utama, pihak Bank juga akan menjalankan pelbagai aktiviti  Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR ) yang bertujuan untuk menyumbang semula kepada masyarakat.

-TAMAT-

Untuk sebarang pertanyaan media, sila hubungi:-

Raja Emylia Raja Lope Ahmad  
Ketua, Komunikasi Korporat
Affin Bank Berhad

Talian terus : +6 03 2055 9428
Faks : +6 03 2020 1044
Email :  head.corpcomm@affinbank.com.my

Darlene Liew
Eksekutif Kanan, Komunikasi Korporat
Affin Bank Berhad

Talian terus : +6 03 2055 9034
Faks : +6 03 2020 1044
Email : darleneliew@affinbank.com.my

 

Mengenai Affin Bank Berhad (25046-T)

Affin Bank Berhad (AFFINBANK) adalah subsidiari milik penuh Affin Holdings Berhad yang tersenarai di Bursa Malaysia.

Ia mula beroperasi pada bulan Januari 2001 susulan daripada penggabungan Perwira Affin Bank Berhad dan BSN Commercial (M) Berhad pada bulan Ogos 2000. Pada Jun 2005, ia bergabung dengan Affin-ACF Finance Berhad. Ia mempunyai rangkaian 108 cawangan di seluruh negara di Malaysia.

AFFINBANK menawarkan pelbagai pilihan produk dan perkhidmatan kewangan yang memenuhi kehendak pelanggan-pelanggan individu dan korporat. Sasaran bidang pihak perniagaan pihak Bank telah dikategorikan di bawah unit-unit perniagaan utama di dalam Bank, iaitu Perbankan Perniagaan, Perbankan Pengguna dan Perbendaharaan. Perbankan Perniagaan menawarkan perkhidmatan perbankan korporat, pembiayaan kewangan kontrak dan pembiayaan kewangan dagangan kepada syarikat-syarikat korporat pelanggan-pelanggan institusi dan perusahaan kecil dan sederhana. Manakala, Perbankan Pengguna menawarkan kad kredit, pinjaman peribadi, pembiayaan hartanah, perkhidmatan akaun semasa/ simpanan dan juga pinjaman pembiayaan kenderaan kepada individu-individu.

Cogan kata kami “Perbankan Tanpa Batasan” menghalang penghapusan halangan-halangan yang terada dalam proses-proses Bank dan juga perubahan di dalam perkhidmatan pelanggan kami. Seterusnya ia juga melambangkan usaha pihak Bank dalam memenuhi keperluan pelanggan-pelanggan dan meningkatkan perkhidmatan kami sebagai tanda penghargaan kepada mereka dan juga mengekalkan perhubungan baik dengan pelanggan-pelanggan tersebut. Secara ringkas, AFFINBANK telah menggunakan kaedah baru di dalam perbankan dan mengubah cara perbankan konvensional.

AFFINBANK juga menyediakan produk-produk perbankan Islam melalui subsidiari perbankan Islam iaitu Affin Islamic Bank Berhad (AFFIN ISLAMIC). AFFIN ISLAMIC bermula operasi sebagai entiti perbankan Islam sepenuhnya pada 1 April 2006. , AFFIN ISLAMIC mempunyai 9 cawangan dengan sendiri dan menawarkan rangkaian lengkap produk dan perkhidmatan yang merangkumi bidang Perbankan Islam Perniagaan dan Perbankan Pengguna mematuhi prinsip-prinsip dan undang-undang Syariah.

Layari laman www.affinbank.com.my untuk maklumat lanjut.

Retail Internet Banking

Corporate Internet Banking

Contact Us

Call Centre
03-5522 3000

Tariff Charges insert_drive_file
Rates & Charges attach_money
Calculator phonelink_ring