News

News Room


Kumpulan AFFINBANK Laksana Sistem Pengurusan Risiko Moody’s Analytics Untuk Memperkukuhkan Keupayaan Pengurusan Risiko


En. Kamarul Ariffin Mohd Jamil, Pengarah Urusan/ Ketua Pegawai Eksekutif AFFIN Bank Berhad (kiri) menyampaikan cenderamata sebagai tanda penghargaan kepada Noah Berliner, Pengarah Urusan Moody’ Analytics Asia Pasifik.


KUALA LUMPUR, 21 FEBRUARI 2017:- Kumpulan AFFINBANK (“AFFINBANK” atau “Bank”) dan Moody’s Analytics hari ini mengumumkan kejayaan pelaksanaan platform pengurusan risiko kadar pulangan dan kecairan di AFFINBANK. Pemasangan perisian Moody’s Analytics berdasarkan platform RiskAuthority™ dan RiskConfidence™ juga mampu menambahbaik keupayaan pengurusan had pendedahan pihak balas dan memperkukuhkan proses membuat keputusan urusniaga Bank.

"Kami memerlukan sistem pengurusan risiko aset dan liabiliti (ALM) serta infrastruktur pelaporan yang cekap dan fleksibel, sejajar dengan peningkatan dalam keperluan kepatuhan dan untuk menyokong perkembangan urusniaga Bank,” kata En. Kamarul Ariffin Mohd Jamil, Pengarah Urusan/ Ketua Pegawai Eksekutif, AFFINBANK.

Platform RiskConfidence™ meliputi pengurusan risiko kadar pulangan dan kecairan, manakala platform RiskAuthority™ mampu mempertingkatkan keupayaan analisa risiko dan pelaporan.  Dalam masa yang sama,  RiskAuthority™ dan RiskConfidence™ mampu diintegrasikan bersama infrastruktur AFFINBANK yang sedia ada untuk meningkatkan proses automasi and kecekapan operasi dalam pengurusan risiko Bank.

"Kami amat berbesar hati kerana Kumpulan AFFINBANK telah memilih sistem perisian kami untuk memperkukuhkan keupayaan pengurusan dan pelaporan risiko," kata Pierre-Etienne Chabanel, Pengarah Urusan untuk Pengurusan Produk di Moody’s Analytics. “Dengan adanya pandangan lebih menyeluruh antara pendedahan risiko dan pengurusan risiko modal perniagaan, Kumpulan AFFINBANK kini mampu mengintegrasikan keputusan pengambilan risiko dengan proses membuat keputusan strategik dan taktikal.”

"Pelaksanaan perisian sistem pengurusan risiko dari Moody’s Analytics telah mengukuhkan lagi keupayaan pengurusan risiko dalam Bank, sejajar dengan program transformasi strategik “AFFINITY” yang baru dilancarkan di Kumpulan AFFINBANK," tambah En. Kamarul Ariffin. “Susulan daripada peningkatan dalam keupayaan analisis data yang lebih kerap dan terperinci, Kumpulan AFFINBANK kini berada dalam kedudukan yang lebih kukuh untuk memantau dan mengurus pendedahan risiko selaras dengan tahap selera risiko, serta melaksanakan kawalan pengesanan awal dan pembetulan, sekiranya perlu. Pelaksanaan platform pengurusan risiko yang menyeluruh telah meningkatkan kemampuan pengurusan risko dalam kegiatan pelaburan, operasi dan proses membuat keputusan secara bersepadu di Kumpulan AFFINBANK.”

-TAMAT-


Untuk sebarang pertanyaan media, sila hubungi:-

Raja Emylia Raja Lope Ahmad  
Ketua, Komunikasi Korporat
Affin Bank Berhad

Talian terus : +6 03 2055 9428
Faks : +6 03 2020 1044
Email :  head.corpcomm@affinbank.com.my

Darlene Liew
Eksekutif Kanan, Komunikasi Korporat
Affin Bank Berhad

Talian terus : +6 03 2055 9034
Faks : +6 03 2020 1044
Email : darleneliew@affinbank.com.my

 

Mengenai Affin Bank Berhad (25046-T)

Affin Bank Berhad (AFFINBANK) adalah subsidiari milik penuh Affin Holdings Berhad yang disenaraikan di Bursa Malaysia.

AFFINBANK menawarkan pelbagai pilihan produk dan perkhidmatan kewangan yang memenuhi kehendak pelanggan individu, perusahaan kecil & sederhana dan korporat. Sasaran bidang perniagaan telah dikategorikan di bawah unit-unit perniagaan utama dalam Bank, iaitu Perbankan Pengguna, Perbankan Perusahaan Kecil & Sederhana dan Komersil, Perbankan Korporat & Sektor Awam dan Perbendaharaan.

Cogan kata “Perbankan Tanpa Batasan” melambangkan penyingkiran batasan dalam proses-proses Bank dan juga perkhidmatan pelanggan secara menyeluruh. Perkhidmatan pelanggan secara menyeluruh melambangkan usaha pihak Bank dalam memenuhi keperluan pelanggan dan meningkatkan tahap perkhidmatan sebagai tanda penghargaan dan juga mengekalkan perhubungan baik dengan pelanggan. AFFINBANK berusaha secara berterusan dalam penggunaan kaedah pendekatan baru dalam perbankan dan mengubah cara perbankan konvensional.

AFFINBANK juga menawarkan produk-produk perbankan Islam melalui subsidiari perbankan Islam iaitu Affin Islamic Bank Berhad (AFFIN ISLAMIC), sebuah entiti perbankan Islam penuh yang menawarkan rangkaian lengkap produk dan perkhidmatan berdasarkan prinsip and undang Syariah.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.affinbank.com.my atau www.affinislamic.com.my ataupun kunjungi cawangan AFFINBANK atau AFFIN ISLAMIC yang terdekat.
 

Mengenai Moody’s Analytics

Moody’s Analytics menyediakan perkhidmatan kepada pakar pasaran kewangan dan pengurusan risiko di seluruh dunia untuk mengurus secara yakin pelbagai risiko dari persekitaran perniagaan yang sentiasa berubah. Ia menawarkan perisian tersendiri dan amalan terbaik dalam pengukuran dan pengurusan risiko hasil daripada kepakaran dan pengalaman dalam analisis kredit, penyelidikan ekonomi dan pengurusan risiko kewangan. Dengan menawarkan perisian canggih, khidmat nasihat dan penyelidikan, termasuk analisis proprietari dari Moody’s Investors Service, Moody’s Analytics mengintegrasi dan menyesuaikan tawaran produknya untuk menangani cabaran yang dihadapi pelanggan dari pelbagai bidang perniagaan.

Moody’s Analytics merupakan anak syarikat Perbadanan Moody’s (NYSE: MCO), dengan pendapatan sebanyak USD3.5 bilion yang dilaporkan pada 2015 dan pekerja sejumlah kira-kira 10,800 serta cawangan di 36 buah negara.

Maklumat lanjut boleh didapati di www.moodysanalytics.com.
 

Retail Internet Banking

Corporate Internet Banking

Contact Us

Call Centre
03-5522 3000

Tariff Charges insert_drive_file
Rates & Charges attach_money
Calculator phonelink_ring