News

Announcement


Kumpulan AFFINBANK: Penaja utama Program TV Haramain Backpackers Musim 2 di ASTRO Oasis

Kumpulan AFFINBANK adalah penaja utama program TV Haramain Backpackers di ASTRO Oasis. Haramain Backpackers adalah dokumentari pengembaraan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, berdurasi selama 30 minit setiap episod. Program pengembaraan ini disampaikan dalam bentuk penceritaan dengan elemen pendidikan dan rohani dengan sedikit humor dan persaudaraan.

Haramain Backpackers akan ditayangkan di ASTRO Oasis (saluran 106) setiap hari Isnin hingga Rabu 6.30 petang- 7.30 malam, bermula dari 29 Mei 2017 (3 Ramadhan) dan episod yang terakhir akan ditayangkan pada 22 Jun 2017 (27 Ramadhan) . Program ini dihoskan oleh Kareef Daniel Abdullah atau lebih dikenali sebagai 'Mat Dan' dan Mohamad Amirul Amin atau dikenali sebagai 'PU Amin'. Program ulangan akan ditayangkan  setiap hari Isnin hingga Rabu dari 10.00 -10.30 malam di ASTRO Oasis.
 

Retail Internet Banking

Corporate Internet Banking

Contact Us

Call Centre
03-5522 3000

Tariff Charges insert_drive_file
Rates & Charges attach_money
Calculator phonelink_ring