News

News Room


Kumpulan AFFINBANK Edar Pokok Percuma Sempena Hari Bumi 2017


Kapsyen Gambar: En. Nazlee Khalifah, Ketua Pegawai Eksekutif, AFFIN ISLAMIC (bertali leher merah) dan Pn. Nor Rozita Nordin, Ketua Pegawai Sumber Manusia, AFFINBANK (kiri) mengedarkan pokok kepada kakitangan di Cawangan Pusat

Kapsyen Gambar: Kakitangan-kakitangan di Cawangan AFFINBANK The Curve menunjukkan pokok-pokok yang diterima sempena Hari Bumi 2017
 

Kapsyen Gambar: AFFINBANK mengedarkan sebanyak 400 pokok-pokok sebagai salah satu dari aktiviti tanggungjawab sosialnya.

Kapsyen Gambar: Kakitangan Bank mengedarkan pokok secara percuma di The Curve 

KUALA LUMPUR – Kumpulan AFFINBANK (“AFFINBANK” atau “Bank”) baru-baru ini mengedarkan pokok-pokok secara percuma kepada kakitangan serta para pelanggan di beberapa cawangan di sekitar Lembah Klang, sebagai salah satu initiasitif meningkatkan kesedaran sempena Hari Bumi 2017 yang disambut di seluruh dunia pada 22 April.

Sebanyak 400 pokok telah diedarkan kepada kakitangan Bank dan pelanggan di cawangan berikut, seperti berikut;
  • AFFINBANK Central Branch, Kuala Lumpur
  • AFFINBANK Ampang Jaya Branch, Kuala Lumpur
  • AFFINBANK Shah Alam Branch, Selangor
  • AFFINBANK The Curve Branch, Selangor 
Pokok-pokok tersebut diedarkan oleh En. Nazlee Khalifah, Ketua Pegawai Eksekutif, AFFIN ISLAMIC berserta dengan ahli-ahli Pengurusan Kanan bank, serta kakitangan di cawangan terbabit.

“Selain merupakan tanda terima kasih atas sokongan para pelanggan, inisiatif ini juga bertujuan meningkatkan kesedaran tentang alam sekitar, dan meng’hijau’kan persekitaran di pejabat ataupun di rumah,” kata En. Kamarul Ariffin Mohd Jamil, Pengarah Urusan/ Ketua Pegawai Eksekutif, AFFINBANK.

“Aktiviti ini adalah salah satu dari aktiviti tanggungjawab sosial, selaras dengan Program Transformasi AFFINITY yang kini dijalankan di Bank di mana kami ingin menambahkan kesedaran dan menggalakkan lebih banyak inisiatif  meningkatkan taraf kehidupan masyarakat sejagat dan juga alam sekitar,” tambah beliau.  

-TAMAT-

Untuk sebarang pertanyaan media, sila hubungi:-

Raja Emylia Raja Lope Ahmad 
Ketua, Komunikasi Korporat
Affin Bank Berhad


Talian terus : +6 03 2055 9428
Faks : +6 03 2020 1044
Email :  head.corpcomm@affinbank.com.my

Darlene Liew
Eksekutif Kanan, Komunikasi Korporat
Affin Bank Berhad

Talian terus : +6 03 2055 9034
Faks : +6 03 2020 1044
Email : darleneliew@affinbank.com.my

 


Mengenai Affin Bank Berhad (25046-T)

Affin Bank Berhad (AFFINBANK) adalah subsidiari milik penuh Affin Holdings Berhad yang disenaraikan di Bursa Malaysia.

AFFINBANK menawarkan pelbagai pilihan produk dan perkhidmatan kewangan yang memenuhi kehendak pelanggan individu, perusahaan kecil & sederhana dan korporat. Sasaran bidang perniagaan telah dikategorikan di bawah unit-unit perniagaan utama dalam Bank, iaitu Perbankan Pengguna, Perbankan Perusahaan Kecil & Sederhana dan Komersil, Perbankan Korporat & Sektor Awam dan Perbendaharaan.

Cogan kata “Perbankan Tanpa Batasan” melambangkan penyingkiran batasan dalam proses-proses Bank dan juga perkhidmatan pelanggan secara menyeluruh. Perkhidmatan pelanggan secara menyeluruh melambangkan usaha pihak Bank dalam memenuhi keperluan pelanggan dan meningkatkan tahap perkhidmatan sebagai tanda penghargaan dan juga mengekalkan perhubungan baik dengan pelanggan. AFFINBANK berusaha secara berterusan dalam penggunaan kaedah pendekatan baru dalam perbankan dan mengubah cara perbankan konvensional.

AFFINBANK juga menawarkan produk-produk perbankan Islam melalui subsidiari perbankan Islam iaitu Affin Islamic Bank Berhad (AFFIN ISLAMIC), sebuah entiti perbankan Islam penuh yang menawarkan rangkaian lengkap produk dan perkhidmatan berdasarkan prinsip and undang Syariah.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.affinbank.com.my atau www.affinislamic.com.my ataupun kunjungi cawangan AFFINBANK atau AFFIN ISLAMIC yang terdekat.

Retail Internet Banking

Corporate Internet Banking

Contact Us

Call Centre
03-5522 3000

Tariff Charges insert_drive_file
Rates & Charges attach_money
Calculator phonelink_ring