News

News Room


AFFINBANK DAN AFFIN ISLAMIC Lancar Kad Debit Visa Dan ‘Affin Rewards’


Gambar (dari Kiri ke kanan): En. Ferdaus Toh Abdullah, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, AFFIN ISLAMIC, Datuk Hj. Mohamed Faroz Mohamed Jakel, Pengarah Urusan Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Syarikat Jakel, Encik Kamarul Ariffin Bin Mohd Jamil, Pengarah Urusan/ Ketua Pegawai Eksekutif, AFFINBANK, Encik Idris Abd Hamid, Pengarah, Perbankan Pengguna, AFFINBANk dan Encik Jason Phua, Pengarah Pembangunan Perniagaan, Visa International (Asia Pasifik) di pelancaran Kad Debit Visa AFFINBANK dan AFFIN ISLAMIC di Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Affin Bank Berhad ("AFFINBANK" atau "Bank") dan Affin Islamic Bank Berhad ("AFFIN ISLAMIC" atau "Bank") hari ini melancarkan Kad Visa Debit AFFINBANK dan AFFIN ISLAMIC iaitu kad pelbagai fungsi yang menggabungkan ciri-ciri kad ATM dan kad Debit.

Kad Debit Visa AFFINBANK dan AFFIN ISLAMIC tersebut telah dilancarkan secara rasmi oleh Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif, AFFINBANK, En. Kamarul Ariffin Bin Mohd Jamil di Jakel Mall, Kuala Lumpur. Turut hadir pada majlis pelancaran itu ialah YBhg. Datuk Haji Mohamed Faroz Mohamed Jakel, Pengarah Urusan Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Syarikat Jakel.

Kad pelbagai fungsi ini membolehkan para pelanggan menikmati kemudahan menggunakan satu kad tunggal untuk pengeluaran tunai dan transaksi tanpa tunai di semua peruncit yang menerima perkhidmatan Visa, samada di dalam mahupun luar negara.

Bank juga memperkenalkan program ganjaran yang berdasarkan kutipan mata bagi buat pertama kalinya, AFFIN Rewards di mana para pelanggan boleh mengutip satu (1) mata untuk setiap RM1 yang dibelanjakan dengan menggunakan Kad Kredit AFFINBANK  manakala tiga (3) mata untuk setiap RM10 dibelanjakan menggunakan AFFINBANK atau AFFIN ISLAMIC Debit kad. Melalui kutipan mata tersebut, para pelanggan boleh memilih untuk menebus pelbagai barangan seperti baucer membeli-belah, peralatan elektrik dan lain-lain melalui laman sesawang http://rewards.affinbank.com.my

“Kami berharap pelancaran hari ini dapat membawa perkhabaran baik kepada semua rakyat Malaysia kerana ia sedikit sebanyak dapat memberikan pulangan dalam setiap perbelanjaan dengan kad mereka. Inisiatif ini juga selaras dengan Program Transformasi AFFINITY yang sedang berlangsung di Bank kami, di mana kami menyasarkan untuk menawar lebih banyak produk dan perkhidmatan yang lebih inovatif bagi memperbaiki mutu pengalaman pelanggan," kata En. Kamarul Ariffin Bin Mohd Jamil, Pengarah Urusan/ Ketua Pegawai Eksekutif, AFFINBANK.

Bersempena dengan pelancaran yang diadakan di Jakel mall, para pelanggan juga boleh mengumpul mata sehingga 20 kali ganda dengan menggunakan Kad Debit AFFINBANK atau AFFIN ISLAMIC mereka di kedai-kedai Jakel yang terpilih. Selain itu, hadiah dan baucar menarik juga ditawarkan dalam tempoh promosi dari 11 June hingga 31 Ogos 2017. 

Semua pemegang Kad ATM AFFINBANK dan AFFIN ISLAMIC dikehendaki berkunjung  ke mana-mana cawangan terdekat  untuk menukar kepada kad Visa Debit yang baharu. Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi talian 03-5522 3000, atau layari laman www.affinbank. com.my  atau www.affinislamic.com.my

-TAMAT-
 

Untuk sebarang pertanyaan media, sila hubungi:-

Raja Emylia Raja Lope Ahmad
 Ketua, Komunikasi Korporat
 Affin Bank Berhad


 Talian terus : +6 03 2055 9428
 Faks : +6 03 2020 1044
 Email :  head.corpcomm@affinbank.com.my

Darlene Liew
 Eksekutif Kanan, Komunikasi Korporat
 Affin Bank Berhad

Talian terus : +6 03 2055 9034
 Faks : +6 03 2020 1044
 Email : darleneliew@affinbank.com.my

 

Mengenai Affin Bank Berhad (25046-T)

Affin Bank Berhad (AFFINBANK) adalah subsidiari milik penuh Affin Holdings Berhad yang disenaraikan di Bursa Malaysia.

AFFINBANK menawarkan pelbagai pilihan produk dan perkhidmatan kewangan yang memenuhi kehendak pelanggan individu, perusahaan kecil & sederhana dan korporat. Sasaran bidang perniagaan telah dikategorikan di bawah unit-unit perniagaan utama dalam Bank, iaitu Perbankan Pengguna, Perbankan Perusahaan Kecil & Sederhana dan Komersil, Perbankan Korporat & Sektor Awam dan Perbendaharaan.

Cogan kata “Perbankan Tanpa Batasan” melambangkan penyingkiran batasan dalam proses-proses Bank dan juga perkhidmatan pelanggan secara menyeluruh. Perkhidmatan pelanggan secara menyeluruh melambangkan usaha pihak Bank dalam memenuhi keperluan pelanggan dan meningkatkan tahap perkhidmatan sebagai tanda penghargaan dan juga mengekalkan perhubungan baik dengan pelanggan. AFFINBANK berusaha secara berterusan dalam penggunaan kaedah pendekatan baru dalam perbankan dan mengubah cara perbankan konvensional.

AFFINBANK juga menawarkan produk-produk perbankan Islam melalui subsidiari perbankan Islam iaitu Affin Islamic Bank Berhad (AFFIN ISLAMIC), sebuah entiti perbankan Islam penuh yang menawarkan rangkaian lengkap produk dan perkhidmatan berdasarkan prinsip and undang Syariah.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.affinbank.com.my atau www.affinislamic.com.my ataupun kunjungi cawangan AFFINBANK atau AFFIN ISLAMIC yang terdekat.

 

Retail Internet Banking

Corporate Internet Banking

Contact Us

Call Centre
03-5522 3000

Tariff Charges insert_drive_file
Rates & Charges attach_money
Calculator phonelink_ring