News

News Room


AFFINBANK Raikan 160 Anak-Anak Yatim Di Majlis Berbuka Puasa

 
Kapsyen Gambar:
Buka Puasa 1 (dari kiri ke kanan): En. Kamarul Ariffin Bin Mohd Jamil, Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif, AFFINBANK mengiringi En. Mohd Suffian Bin Haji Haron, Pengerusi, AFFIN ISLAMIC memberi duit raya kepada kanak-kanak pada majlis itu.
Buka Puasa 2 (dari kiri ke kanan): Kanak-kanak riang menerima duit raya daripada Pn. Rozanah Romas Manuel, isteri kepada En. Mohd Suffian Bin Haji Haron, Pengerusi, AFFIN ISLAMIC diiringi oleh Pn. Nashimah Abdul Jabar, isteri kepada En. Kamarul Ariffin Bin Mohd Jamil, Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif, AFFINBANK. 
Buka Puasa 3: En. Kamarul Ariffin Bin Mohd Jamil, Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif, AFFINBANK beramah-mesra bersama kanak-kanak yang hadir di majlis itu.


KUALA LUMPUR – Kumpulan AFFINBANK ( "AFFINBANK" atau "Bank") meraikan 160 anak-anak yatim dari empat buah rumah kebajikan di sekitar Lembah Klang ke majlis berbuka puasa di ibu pejabatnya di Menara AFFIN.

Program untuk hari tersebut bermula kira-kira pada 4.30 petang di mana anak-anak yatim dari Rumah Amal Permata Hatiku di Gombak, Rumah Rahoma di Taman Melati, Gombak, Rumah Perlindungan Al-Nasuha di Batu Caves dan Rumah Perlindungan Nur Qaseh di Taman Melawati dibawa ke Menara AFFIN untuk menghadiri Tazkirah Ramadan khas oleh penceramah jemputan, Ustaz Dr. Haji Mohd Farid Ravi Abdullah sebelum berbuka puasa dengan hidangan istimewa.

“Kami amat berbesar hati untuk menganjurkan majlis berbuka puasa ini setiap tahun untuk menyebarkan suasana kemeriahan Hari Raya kepada kanak-kanak ini memandangkan bulan Ramadan adalah musim untuk melebihkan aktiviti bersedekah. Kami juga berharap mereka dapat menikmati dan berbelanja duit raya dengan bijak,” kata En. Kamarul Ariffin Bin Mohd Jamil, Pengarah Urusan / Ketua Pegawai Eksekutif, Affin Bank Berhad.

Selain daripada acara berbuka puasa yang dianjurkan setiap tahun, AFFINBANK melalui subsidiarinya, Affin Islamic Bank Berhad juga menjalankan pelbagai aktiviti pengagihan sumbangan zakat di seluruh negara bagi mendekati dan menyumbang kembali kepada masyarakat.

-TAMAT-
 

Untuk sebarang pertanyaan media, sila hubungi:-

Raja Emylia Raja Lope Ahmad
 Ketua, Komunikasi Korporat
 Affin Bank Berhad


 Talian terus : +6 03 2055 9428
 Faks : +6 03 2020 1044
 Email :  head.corpcomm@affinbank.com.my

Darlene Liew
 Eksekutif Kanan, Komunikasi Korporat
 Affin Bank Berhad

Talian terus : +6 03 2055 9034
 Faks : +6 03 2020 1044
 Email : darleneliew@affinbank.com.my

 


 Mengenai Affin Bank Berhad (25046-T)

Affin Bank Berhad (AFFINBANK) adalah subsidiari milik penuh Affin Holdings Berhad yang disenaraikan di Bursa Malaysia.

AFFINBANK menawarkan pelbagai pilihan produk dan perkhidmatan kewangan yang memenuhi kehendak pelanggan individu, perusahaan kecil & sederhana dan korporat. Sasaran bidang perniagaan telah dikategorikan di bawah unit-unit perniagaan utama dalam Bank, iaitu Perbankan Pengguna, Perbankan Perusahaan Kecil & Sederhana dan Komersil, Perbankan Korporat & Sektor Awam dan Perbendaharaan.

Cogan kata “Perbankan Tanpa Batasan” melambangkan penyingkiran batasan dalam proses-proses Bank dan juga perkhidmatan pelanggan secara menyeluruh. Perkhidmatan pelanggan secara menyeluruh melambangkan usaha pihak Bank dalam memenuhi keperluan pelanggan dan meningkatkan tahap perkhidmatan sebagai tanda penghargaan dan juga mengekalkan perhubungan baik dengan pelanggan. AFFINBANK berusaha secara berterusan dalam penggunaan kaedah pendekatan baru dalam perbankan dan mengubah cara perbankan konvensional.

AFFINBANK juga menawarkan produk-produk perbankan Islam melalui subsidiari perbankan Islam iaitu Affin Islamic Bank Berhad (AFFIN ISLAMIC), sebuah entiti perbankan Islam penuh yang menawarkan rangkaian lengkap produk dan perkhidmatan berdasarkan prinsip and undang Syariah.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.affinbank.com.my atau www.affinislamic.com.my ataupun kunjungi cawangan AFFINBANK atau AFFIN ISLAMIC yang terdekat.

Retail Internet Banking

Corporate Internet Banking

Contact Us

Call Centre
03-5522 3000

Tariff Charges insert_drive_file
Rates & Charges attach_money
Calculator phonelink_ring