News

Announcement


Pelaksanaan Standard Pelaporan Bersama (CRS) bagi Kad Kredit AFFINBANK

22 Jun 2017

 

Ahli Kad yang dihormati,

Merujuk kepada pengumuman ‘Pindaan kepada Terma & Syarat bagi Kad Kredit Generik AFFINBANK dan AFFINBANK World Mastercard’ bertarikh 2 Jun 2017, sila harap maklum bahawa proses berikut akan berkuat kuasa pada 1 Julai 2017 untuk mematuhi Standard Pelaporan Bersama.

Sebarang pembayaran kepada Akaun Kad Ahli Kad yang melebihi ("Bayaran Berlebihan") USD 50,000 akan dikembali kepada Ahli Kad dalam masa 60 hari dari tarikh pembayaran. Bayaran Berlebihan tidak merujuk kepada baki kredit melibatkan caj-caj yang dipertikaikan tetapi termasuk baki kredit yang terhasil daripada barang dagangan yang dipulangkan.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk, perkhidmatan dan faedah-faedah yang ditawarkan oleh AFFINBANK, sila layari www.affinbank.com.my atau hubungi kami di talian 03-5522 3000 (Kad Kredit Generik AFFINBANK) atau 03-5517 9999 (AFFINBANK World Mastercard).

Terima kasih


Affin Bank Berhad
Jabatan Perniagaan Kad

Retail Internet Banking

Corporate Internet Banking

Contact Us

Call Centre
03-5522 3000

Tariff Charges insert_drive_file
Rates & Charges attach_money
Calculator phonelink_ring