News

News Room


AFFINBANK Dan AFFIN ISLAMIC BANK Lantik Pengerusi Baharu

KUALA LUMPUR – Affin Bank Berhad ("AFFINBANK") telah melantik YABhg. Jen. Dato 'Seri DiRaja Tan Sri (Dr.) Mohd Zahidi Bin Haji Zainuddin (B) sebagai Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif baharu berkuatkuasa 22 Jun 2017.

Jen. Tan Sri Mohd Zahidi, 69 tahun, mangambil alih jawatan tersebut dari YBhg. Jeneral Tan Sri Dato 'Seri Ismail Bin Haji Omar (B) yang telah bersara dari AFFINBANK.

Beliau juga merupakan Pengerusi Affin Holdings Berhad sejak 17 Oktober 2005. Beliau adalah Panglima Angkatan Tentera dari tahun 1999 sehingga persaraannya pada 2005. Beliau telah berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia selama 39 tahun dan menggalas pelbagai jawatan utama.

Jeneral Tan Sri Mohd Zahidi mempunyai Ijazah Sarjana Sains (Pengajian Pertahanan dan Strategik) dari Universiti Quaid-I-Azam, Islamabad, Pakistan dan telah menghadiri Program Eksekutif Kanan di Harvard University, Amerika Syarikat, Perintah dan Pegawai Am Kolej Filipina, Kolej Staf Perkhidmatan Bersama Australia dan Kolej Pertahanan Pakistan.

Affin Islamic Bank Berhad ("AFFIN ISLAMIC"), anak syarikat milik penuh AFFINBANK telah melantik Encik Mohd Suffian Bin Haji Haron sebagai Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif baharu mulai 1 Jun 2017.

Encik Suffian, 72 tahun, pernah dilantik sebagai Pengarah AFFIN ISLAMIC pada tahun 2006 dan Pengarah AFFINBANK pada tahun 2009. Beliau memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Diplomatik dan Pentadbiran, di Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Perusahaan Awam.

Beliau adalah lulusan dari Universiti Malaya dengan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari University of Oregon (USA) .

- TAMAT -


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:-

Raja Emylia Raja Lope Ahmad  
Ketua, Komunikasi Korporat
Affin Bank Berhad

Talian terus : +6 03 2055 9428
Faks : +6 03 2026 1104
Email :  head.corpcomm@affinbank.com.my

Darlene Liew
Eksekutif Kanan, Komunikasi Korporat
Affin Bank Berhad

Talian terus : +6 03 2055 9034
Faks : +6 03 2026 1104
Email : darleneliew@affinbank.com.my

 

Mengenai Affin Bank Berhad & Affin Islamic Bank Berhad

Affin Bank Berhad (AFFINBANK) adalah subsidiari milik penuh Affin Holdings Berhad yang disenaraikan di Bursa Malaysia.

AFFINBANK menawarkan pelbagai pilihan produk dan perkhidmatan kewangan yang memenuhi kehendak pelanggan individu, perusahaan kecil & sederhana dan korporat. Sasaran bidang perniagaan telah dikategorikan di bawah unit-unit perniagaan utama dalam Bank, iaitu Perbankan Pengguna, Perbankan Perusahaan Kecil & Sederhana dan Komersil, Perbankan Korporat & Sektor Awam dan Perbendaharaan.

Cogan kata “Perbankan Tanpa Batasan” melambangkan penyingkiran batasan dalam proses-proses Bank dan juga perkhidmatan pelanggan secara menyeluruh. Perkhidmatan pelanggan secara menyeluruh melambangkan usaha pihak Bank dalam memenuhi keperluan pelanggan dan meningkatkan tahap perkhidmatan sebagai tanda penghargaan dan juga mengekalkan perhubungan baik dengan pelanggan. AFFINBANK berusaha secara berterusan dalam penggunaan kaedah pendekatan baru dalam perbankan dan mengubah cara perbankan konvensional.

AFFINBANK juga menawarkan produk-produk perbankan Islam melalui subsidiari perbankan Islam iaitu Affin Islamic Bank Berhad (AFFIN ISLAMIC), sebuah entiti perbankan Islam penuh yang menawarkan rangkaian lengkap produk dan perkhidmatan berdasarkan prinsip and undang Syariah.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.affinbank.com.my atau www.affinislamic.com.my ataupun kunjungi cawangan AFFINBANK atau AFFIN ISLAMIC yang terdekat.

Retail Internet Banking

Corporate Internet Banking

Contact Us

Call Centre
03-5522 3000

Tariff Charges insert_drive_file
Rates & Charges attach_money
Calculator phonelink_ring