News

News Room


Kumpulan AFFINBANK Dan Moody’s Analytics Menang Anugerah Pelaksanaan Teknologi Risiko Kecairan Asian Banker 2017

Kapsyen:

AFFINBANK 1: En. Kamarul Ariffin Mohd Jamil, Pengarah Urusan/ Ketua Pegawai Eksekutif, AFFINBANK (ketiga dari kanan), Mr Mark Almeida, Presiden, Moody's Analytics (keempat dari kanan), Mr Wong Kok Leong, Ketua Pegawai Pengurusan Risiko, AFFINBANK (ketiga dari kiri) dan Mr Loh Von Jack, Timbalan Presiden, Jabatan Pengurusan Risiko, AFFINBANK (keempat dari kiri) bersama Anugerah Pelaksanaan Teknologi Risiko Kecairan Asian Banker yang diterima daripada Mr Foo Boon Ping, Pengurus Editor, The Asian Banker (paling kiri) dan Mr David Gyori, Ketua Pegawai Eksekutif Banking Report (paling kanan).

AFFINBANK 2:
Wakil-wakil AFFINBANK bersama Anugerah Pelaksanaan Teknologi Risiko Kecairan Asian Banker.
Dari kiri ke kanan: En. Nazlee Khalifah, Ketua Pegawai Eksekutif, AFFIN ISLAMIC, En. Kamarul Ariffin Mohd Jamil, Pengarah Urusan/ Ketua Pegawai Eksekutif, AFFINBANK,  Mr Wong Kok Leong, Ketua Pegawai Pengurusan Risiko  dan Mr Loh Von Jack, Timbalan Presiden, Jabatan Pengurusan Risiko, AFFINBANK



KUALA LUMPUR -- Kumpulan AFFINBANK ("AFFINBANK") dan Moody’s Analytics telah memenangi Anugerah Pelaksanaan Teknologi Risiko Kecairan Asian Banker 2017, baru baru ini.

AFFINBANK telah meningkatkan kecekapan operasi, keupayaan laporan dan analisis risiko serta mencapai objektif keseluruhan untuk menambah baik keupayaan mengurus pendedahan risiko serta mengukuhkan proses membuat keputusan perniagaan dengan melaksanakan perisian RiskAuthority™ dan RiskConfidence™ Moody's Analytics.

Anugerah tersebut telah diterima di Majlis Anugerah Pengurusan Risiko Asian Anugerah Risiko dan Anugerah Pelaksanaan Teknologi Risiko 2017  di satu majlis yang diadakan di Singapura baru-baru ini.

"Pelaksanaan perisian ini telah menambah baik pengurusan risiko AFFIN, sejajar dengan Program AFFINITY yang baru dilancarkan — sebuah program transformasi strategik bagi Kumpulan AFFINBANK," kata En. Kamarul Ariffin Bin Mohd Jamil, Pengarah Urusan/ Ketua Pegawai Eksekutif, AFFIN Bank Berhad.

“Susulan daripada peningkatan dalam keupayaan analisis data yang lebih kerap dan terperinci, AFFINBANK kini berada dalam kedudukan yang lebih kukuh untuk memantau dan mengurus pendedahan risiko selaras dengan tahap selera risiko, serta melaksanakan kawalan pengesanan awal dan pembetulan, sekiranya perlu. Pelaksanaan platform pengurusan risiko secara menyeluruh ini merangkumi pengurusan risiko aset liabiliti dan untuk memenuhi keperluan kepatuhan serta menambahbaik keupayaan pengurusan had pendedahan pihak balas secara bersepadu di AFFINBANK.”

"Pelaksanaan perisian itu memudahkan dan menyatakan dengan lebih jelas pengurusan risiko merentasi pelbagai unit perniagaan, di mana ia merupakan asas untuk membina dan memantau budaya risiko yang mantap di AFFINBANK," tambah beliau. "Oleh itu, selera risiko dan pendedahan risiko lebih difahami oleh pelbagai unit perniagaan di AFFINBANK dan seterusnya dapat menghasilkan penyelarasan yang lebih baik dan bersepadu dalam mencapai matlamat bersama."

Pelaksanaan perisian Moody’s Analytics menyokong perkembangan urusniaga AFFINBANK dengan meningkatkan proses automasi dari memuat-naik data sehingga kepada penjanaan laporan. AFFINBANK telah menggunakan perisian itu untuk mewujudkan satu aliran kerja yang konsisten dan meningkatkan kecekapan operasi.

"Kami amat berbesar hati untuk menerima anugerah ini dari The Asian Banker, dan untuk berkongsi kejayaan ini bersama AFFINBANK," kata Noah Berliner, Pengarah Urusan, Moody’s Analytics. "Anugerah ini mencerminkan komitmen kami untuk membantu organisasi memenuhi keperluan kepatuhan dan operasi mereka. Perisian kami membolehkan AFFINBANK untuk menyediakan satu rangka kerja pengurusan risiko yang holistik untuk memacukan perniagaan mereka ke hadapan."

“Kumpulan AFFINBANK telah mempamerkan prestasi tadbir urus projek yang cemerlang dalam pelaksanaan perisian risiko kecairan. Daripada peningkatan dalam keupayaan analisis data, AFFINBANK telah mengukuhkan perancangan perniagaan strategik dan proses membuat keputusan perniagaan,” kata Foo Boon Ping, Pengurus Editor, The Asian Banker.


-TAMAT-


Untuk sebarang pertanyaan media, sila hubungi:-

Raja Emylia Raja Lope Ahmad
Ketua, Komunikasi Korporat
Affin Bank Berhad

Talian terus : +6 03 2055 9428
Faks     : +6 03 2020 1044
Email       : head.corpcomm@affinbank.com.my


Darlene Liew
Eksekutif Kanan, Komunikasi Korporat
Affin Bank Berhad

Talian terus : +6 03 2055 9034
Faks  : +6 03 2020 1044
Email   : darleneliew@affinbank.com.my


Mengenai Affin Bank Berhad (25046-T)

Mengenai Affin Bank Berhad (25046-T)
Affin Bank Berhad (AFFINBANK) adalah subsidiari milik penuh Affin Holdings Berhad yang disenaraikan di Bursa Malaysia. AFFINBANK menawarkan pelbagai pilihan produk dan perkhidmatan kewangan yang memenuhi kehendak pelanggan individu, perusahaan kecil & sederhana dan korporat. Sasaran bidang perniagaan telah dikategorikan di bawah unit-unit perniagaan utama dalam Bank, iaitu Perbankan Pengguna, Perbankan Perusahaan Kecil & Sederhana dan Komersil, Perbankan Korporat & Sektor Awam dan Perbendaharaan.
Cogan kata “Perbankan Tanpa Batasan” melambangkan penyingkiran batasan dalam proses-proses Bank dan juga perkhidmatan pelanggan secara menyeluruh. Perkhidmatan pelanggan secara menyeluruh melambangkan usaha pihak Bank dalam memenuhi keperluan pelanggan dan meningkatkan tahap perkhidmatan sebagai tanda penghargaan dan juga mengekalkan perhubungan baik dengan pelanggan. AFFIN Bank berusaha secara berterusan dalam penggunaan kaedah pendekatan baru dalam perbankan dan mengubah cara perbankan konvensional.
AFFIN Bank juga menawarkan produk-produk perbankan Islam melalui subsidiari perbankan Islam iaitu Affin Islamic Bank Berhad (AFFIN Islamic), sebuah entiti perbankan Islam penuh yang menawarkan rangkaian lengkap produk dan perkhidmatan berdasarkan prinsip and undang Syariah.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.affinbank.com.my atau www.affinislamic.com.my ataupun kunjungi cawangan AFFIN Bank atau AFFIN Islamic yang terdekat.


Mengenai Moody’s Analytics

Moody’s Analytics menyediakan perkhidmatan kepada pakar pasaran kewangan dan pengurusan risiko di seluruh dunia untuk mengurus secara yakin pelbagai risiko dari persekitaran perniagaan yang sentiasa berubah. Ia menawarkan perisian tersendiri dan amalan terbaik dalam pengukuran dan pengurusan risiko hasil daripada kepakaran dan pengalaman dalam analisis kredit, penyelidikan ekonomi dan pengurusan risiko kewangan. Dengan menawarkan perisian canggih, khidmat nasihat dan penyelidikan, termasuk analisis proprietari dari Moody’s Investors Service, Moody’s Analytics mengintegrasi dan menyesuaikan tawaran produknya untuk menangani cabaran yang dihadapi pelanggan dari pelbagai bidang perniagaan.
Moody’s Analytics merupakan anak syarikat Perbadanan Moody’s (NYSE: MCO), dengan pendapatan sebanyak $3.6 bilion pada tahun 2016 dan pekerja sejumlah kira-kira 10,600 serta cawangan di 36 buah negara.
Maklumat lanjut boleh didapati di www.moodysanalytics.com.

Retail Internet Banking

Corporate Internet Banking

Contact Us

Call Centre
03-5522 3000

Tariff Charges insert_drive_file
Rates & Charges attach_money
Calculator phonelink_ring