News

Announcement


Pengenalan Kad Debit Visa AFFINBANK

Kad Debit Visa AFFINBANK serba baharu sudah tiba. Kad Debit Visa AFFINBANK mudah digunakan dan diterima di mana terdapatnya logo Visa. Nikmati keselamatan yang lebih mantap dengan teknologi PIN & PAY terkini, membolehkan anda menggunakan kad anda dengan selamat di berjuta-juta kedai runcit dan ATM di seluruh dunia.

Sila klik surat Notis yang dikeluarkan kepada Ahli Kad: Mulai 1 OKTOBER 2017, Kad Debit MasterCard AFFINBANK anda akan DITAMATKAN.
 
APA YANG ANDA PERLU LAKUKAN:

1) Kunjungi mana-mana cawangan AFFINBANK / AFFIN ISLAMIC Bank untuk mendapatkan Kad Debit Visa AFFINBANK serba baharu anda.

Sila bawa bersama:
a) Kad Pengenalan anda (untuk warganegara Malaysia) atau pasport
( untuk bukan warganegara); dan
b) Kad Debit Mastercard AFFINBANK anda yang sedia ada.

2) Hubungi penyedia perkhidmatan bil automatik anda untuk mengemaskini nombor Kad Debit Visa AFFINBANK baharu anda.

Apabila Kad Debit Visa anda berjaya diaktifkan, Kad Debit Mastercard yang sedia ada akan ditamatkan dan hubungan akaun akan dipindahkan ke Kad Debit Visa baharu anda. Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan untuk menghubungi penyedia perkhidmatan bil automatik anda untuk mengemaskini nombor Kad Debit baharu anda untuk memastikan tiada sebarang gangguan perkhidmatan.

Kami percaya masa berkualiti bersama rakan-rakan dan keluarga adalah sangat berharga. Oleh sebab itu, kami telah menyediakan diskaun hebat untuk anda menjamu selera, merancang pengembaraan dan banyak lagi! Bukan itu sahaja, mulai sekarang hingga 31 Ogos 2017, dapatkan mata ganjaran 5X AFFIN Rewards semasa anda berbelanja untuk barangan runcit dan menjamu selera. Anda juga berpeluang memenangi baucar Parkson bernilai RM50 dengan perbelanjaan terkumpul sebanyak RM250 dari sekarang sehingga 30 November 2017.

Retail Internet Banking

Corporate Internet Banking

Contact Us

Call Centre
03-5522 3000

Tariff Charges insert_drive_file
Rates & Charges attach_money
Calculator phonelink_ring