News

News Room


AFFINBANK Juarai Pemerolehan Pengebil Kebangsaan Jompay DI MEAA 2017

Kapsyen:
(Dari kiri ke kanan): En. Kamarul Ariffin Bin Mohd Jamil, Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif, AFFINBANK menerima hadiah daripada Datuk Muhammad Bin Ibrahim, Gabenor Bank Negara Malaysia dan En. Peter Schiesser, Pengarah Urusan, MyClear, di majlis tersebut. 


KUALA LUMPUR – Affin Bank Berhad ("AFFINBANK" atau "Bank") muncul sebagai juara bagi Pemerolehan Pengebil Kebangsaan JomPAY (Kategori Pertengahan) di majlis Anugerah Kecemerlangan e-Pembayaran Malaysia (MEAA) 2017 yang diadakan di Grand Hyatt Kuala Lumpur, baru-baru ini.

AFFINBANK mencatat kategori Kumpulan 2 dalam Kempen Pemerolehan Pengebil Kebangsaan JomPAY 2016.

MEAA merupakan acara tahunan anjuran Malaysian Electronic Clearing Corporation (MyClear) yang mengiktiraf pencapaian cemerlang Bank, Perniagaan dan Agensi Kerajaan yang telah menyumbang ke arah kecemerlangan, inovasi dan pertumbuhan penggunaan e-Pembayaran.

“Kami berasa amat berbesar hati untuk memenangi anugerah ini kerana ia menunjukkan komitmen Bank dalam mempromosi dan menggalakkan lebih banyak transaksi e-Pembayaran berada di landasan yang tepat. Kami akan terus berusaha dengan lebih gigih untuk meneruskan kejayaan ini pada tahun-tahun akan datang," En. Kamarul Ariffin Bin Mohd Jamil, Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif, AFFINBANK berkata selepas menerima anugerah tersebut yang disampaikan oleh Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Muhammad Bin Ibrahim dan Encik Peter Schiesser, Pengarah Urusan, MyClear.

-TAMAT-


Untuk sebarang pertanyaan media, sila hubungi :-

Raja Emylia Raja Lope Ahmad
Ketua, Komunikasi Korporat
Affin Bank Berhad

Talian terus  : +6 03 2055 9428
Faks             : +6 03 2020 1104
Emel             : head.corpcomm@affinbank.com.my

Darlene Liew
Eksekutif Kanan, Komunikasi Korporat
Affin Bank Berhad

Talian terus : +6 03 2055 9034
Faks  : +6 03 2020 1104
Emel   : darleneliew@affinbank.com.my


Mengenai AFFINBANK

Affin Bank Berhad (AFFINBANK) adalah subsidiari milik penuh Affin Holdings Berhad yang disenaraikan di Bursa Malaysia.

AFFINBANK menawarkan pelbagai pilihan produk dan perkhidmatan kewangan yang memenuhi kehendak pelanggan individu, perusahaan kecil & sederhana dan korporat. Sasaran bidang perniagaan telah dikategorikan di bawah unit-unit perniagaan utama dalam Bank, iaitu Perbankan Pengguna, Perbankan Perusahaan Kecil & Sederhana dan Komersil, Perbankan Korporat & Sektor Awam dan Perbendaharaan.

Cogan kata “Perbankan Tanpa Batasan” melambangkan penyingkiran batasan dalam proses-proses Bank dan juga perkhidmatan pelanggan secara menyeluruh. Perkhidmatan pelanggan secara menyeluruh melambangkan usaha pihak Bank dalam memenuhi keperluan pelanggan dan meningkatkan tahap perkhidmatan sebagai tanda penghargaan dan juga mengekalkan perhubungan baik dengan pelanggan. AFFINBANK berusaha secara berterusan dalam penggunaan kaedah pendekatan baru dalam perbankan dan mengubah cara perbankan konvensional.

AFFINBANK juga menawarkan produk-produk perbankan Islam melalui subsidiari perbankan Islam iaitu Affin Islamic Bank Berhad (AFFIN ISLAMIC), sebuah entiti perbankan Islam penuh yang menawarkan rangkaian lengkap produk dan perkhidmatan berdasarkan prinsip and undang Syariah.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.affinbank.com.my atau www.affinislamic.com.my ataupun kunjungi cawangan AFFINBANK atau AFFIN ISLAMIC yang terdekat.

Retail Internet Banking

Corporate Internet Banking

Contact Us

Call Centre
03-5522 3000

Tariff Charges insert_drive_file
Rates & Charges attach_money
Calculator phonelink_ring