News

News Room


Cadangan Penyusunan Semula Kumpulan Affin

Kuala Lumpur, 14 Julai 2017 – AFFIN Holdings Berhad ("AFFIN") telah menerima kelulusan dari Menteri Kewangan dan Bank Negara Malaysia untuk meneruskan Cadangan Penyusunan Semula yang melibatkan pemindahan keseluruhan pegangan AFFIN di AFFIN Hwang Investment Bank Berhad ("AFFIN Hwang IB"), AFFIN Moneybrokers Sdn Bhd, AXA AFFIN Life Insurance Berhad dan AXA AFFIN General Insurance Berhad (secara kolektif adalah "Kumpulan AFFIN") kepada AFFIN Bank Berhad ("AFFINBANK").

AFFIN juga telah menerima kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia untuk penukaran Pemegang saham utama AFFIN Hwang IB, AFFIN Hwang Asset Management Berhad dan Asset AIIMAN Management Sdn Bhd menurut Cadangan Penyusunan Semula tersebut.

AFFIN kini sedang mendapatkan kelulusan badan pengawalselia berkaitan yang lain untuk meneruskan Cadangan Penyusunan semula tersebut.

"Memandangkan perubahan dinamik ekonomi dan industri, adalah penting untuk kami meletakkan strategi yang bertumpu pada kecekapan, kesesuaian dan tahap produktiviti yang betul untuk berkembang maju dalam membezakan Kumpulan AFFIN daripada  yang lain. Cadangan Penyusunan Semula ini akan meningkatkan sinergi Kumpulan AFFIN untuk membolehkan kami bergerak maju ke hadapan untuk fasa pertumbuhan yang seterusnya."-Kamarul Ariffin Mohd Jamil, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, AFFIN.

-TAMAT-

Kenyataan Media ini mengandungi kenyataan jangkaan masa hadapan. Walaupun AFFIN percaya bahawa jangkaan yang dicerminkan dalam kenyataan tersebut adalah munasabah pada tarikh siaran kenyataan ini, namun tiada jaminan bahawa jangkaan sedemikian akan menjadi kenyataan.


Mengenai Kumpulan AFFIN

Kumpulan AFFIN adalah sebuah konglomerat perkhidmatan kewangan. Aktiviti Kumpulan AFFIN bertumpu pada aktiviti komersil, pelaburan perkhidmatan perbankan Islamik, pembrokeran wang, pengurusan aset dan pengunderaitan perniagaan insuran hayat dan am. Pemegang saham utama AFFIN adalah Lembaga Tabung Angkatan Tentera yang merupakan pengurus dana faedah persaraan utama  Angkatan Tentera Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai kenyataan Media ini, sila e-mel kepada ir@affinbank.com.my atau cpd@affin.com.my

Retail Internet Banking

Corporate Internet Banking

Contact Us

Call Centre
03-5522 3000

Tariff Charges insert_drive_file
Rates & Charges attach_money
Calculator phonelink_ring