News

News Room


AFFIN ISLAMIC Menyumbang Zakat Kepada MAIK Di Kelantan


Kapsyen:
En. Mohd Suffian Bin Haji Haron, Pengerusi, AFFIN ISLAMIC menyampaikan cek replika kepada Dr. Haji Nik Mohd Azlan bin Abdul Hadi, Timbalan Yang Dipertua MAIK, disaksikan oleh (dari kiri ke kanan) Y.A.Bhg. Ketua Dato 'Seri DiRaja (Dr.) Mohd Zahidi Bin Haji Zainuddin (B), Pengerusi, AFFINBANK, En. Kamarul Ariffin Bin Mohd Jamil, Pengarah Urusan / Ketua Pegawai Eksekutif, AFFINBANK dan En. Nazlee Khalifah, Ketua Pegawai Eksekutif, AFFIN ISLAMIC.



KUALA LUMPUR – Affin Islamic Bank Berhad ("AFFIN ISLAMIC" atau "Bank") menyumbang RM100,000 Zakat kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Kelantan (“MAIK”), baru-baru ini.

Sumbangan Zakat  tersebut diserahkan kepada Dr. Haji Nik Mohd Azlan Bin Abdul Hadi, Timbalan Yang Dipertua MAIK dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan.

"Memandangkan AFFIN ISLAMIC merupakan salah satu institusi Perbankan Islam tempatan yang menguruskan dan mengagihkan kebanyakkan zakat dan sumbangan amalnya sendiri, kami berusaha untuk mengagihkan sumbangan ke negeri-negeri yang berlainan supaya dapat membantu lebih ramai orang yang kurang bernasib baik," kata En. Nazlee Khalifah, Ketua Pegawai Eksekutif, AFFIN ISLAMIC.

Bagi tahun ini sahaja, AFFIN ISLAMIC telah menyumbang lebih daripada RM750,000 sumbangan zakat di beberapa negeri sebagai komitmennya untuk membantu golongan miskin dan yang memerlukan di seluruh negara.

Selain memberikan sumbangan dalam bentuk wang tunai, Bank juga mempunyai beberapa projek terdahulu termasuk membina dan membaik pulih rumah untuk golongan miskin tegar dan aktiviti lain untuk melengkapkan kanak-kanak yang kurang bernasib baik dengan pengetahuan dan pendidikan yang diperlukan.

-TAMAT-
 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:-

Raja Emylia Raja Lope Ahmad  
Ketua, Komunikasi Korporat
Affin Bank Berhad

Talian terus : +6 03 2055 9428
Faks : +6 03 2026 1104
Email :  head.corpcomm@affinbank.com.my


Darlene Liew
Eksekutif Kanan, Komunikasi Korporat
Affin Bank Berhad

Talian terus : +6 03 2055 9034
Faks : +6 03 2026 1104
Email : darleneliew@affinbank.com.my


Mengenai Affin Islamic Bank Berhad

Affin Islamic Bank Berhad (AFFIN ISLAMIC) adalah anak syarikat milik penuh Affin Bank Berhad (AFFINBANK). Lokasi ibu pejabatnya terletak di Kuala Lumpur, sejarah penubuhan AFFIN ISLAMIC bermula pada tahun 1993 bila ia memulakan perniagaan perbankan Islam untuk AFFINBANK.  Pada 13 September 2005, Jabatan Bank Islam, AFFINBANK telah diiktiraf sebagai institusi berasingan dan berkuatkuasa 1 April 2006, AFFIN ISLAMIC memulakan entiti operasi perbankan Islam sepenuhnya dengan modal dibenarkan dan modal berbayar sebanyak RM1 bilion dan RM160 juta, masing-masing.

Sejajar dengan Pelan Perancangan Kewangan Malaysia yang berinspirasi untuk mengubah Malaysia sebagai pusat Perkhidmatan Kewangan Islam antarabangsa, AFFIN ISLAMIC akan terus melaksana penyelidikan dan pembangunan kewangan produk dan khidmat yang mampu berdaya saing di arena kewangan global.

Di awal penubuhannya, AFFIN ISLAMIC telah berjaya melakar beberapa kejayaan unggul. Pada bulan April 2008, AFFIN ISLAMIC merupakan institusi kewangan Islam tempatan pertama yang membuat perjanjian - ‘Musharakah’ dengan pemaju ternama di Pulau Pinang. Pada bulan Mei 2008, AFFIN ISLAMIC berjaya melancarkan debit MasterCard patuh Syariah, pertama seumpamanya di rantau Asia Pasifik.

Sebagai peneraju perbankan Islam untuk pelanggan-pelanggan yang menyediakan produk-produk perbankan perniagaan, AFFIN ISLAMIC menawarkan perkhidmatan dan produk-produk  perniagaan runcit yang luas memenuhi pelbagai keperluan pelanggan yang berbeza. Selain itu, Perbankan Perniagaan AFFIN ISLAMIC menawarkan perniagaan perkhidmatan dan produk yang patuh Syariah yang memenuhi keperluan kewangan jangka pendek serta jangka panjang termasuk pembiayaan berstruktur, pembiayaan projek, pembiayaan dagangan dan  produk-produk treasuri kepada semua entiti-entiti perniagaan termasuk syarikat atau perniagaan kecil dan sederhana, dan syarikat-syarikat korporat besar.  AFFIN ISLAMIC mempunyai kepakaran yang luas menyediakan kaedah-kaedah pembiayaan kewangan inovatif kepada pelanggan-pelanggannya. Pelanggan AFFIN ISLAMIC terdiri daripada institusi-institusi kerajaan, organisasi-organisasi swasta, institusi-institusi kewangan daripada pelabur-pelabur tempatan dan juga luar negara.

Pada masa akan datang, AFFIN ISLAMIC akan menerokai bidang perbankan Islam yang lebih berdaya maju seperti produk pengurusan dana dan harta untuk mengukuh dan menawarkan pelbagai portfolio aset produk Islam.

Layari www.affinislamic.com.my untuk maklumat lanjut atau kunjungi mana-mana cawangan AFFIN ISLAMIC / AFFINBANK di seluruh negara.

Retail Internet Banking

Corporate Internet Banking

Contact Us

Call Centre
03-5522 3000

Tariff Charges insert_drive_file
Rates & Charges attach_money
Calculator phonelink_ring