News

Announcement


Penghantaran Pin Sementara Melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) Untuk Kad Kredit Dan Debit AFFINBANK / AFFIN ISLAMIC BANK

21 Ogos 2017

 

Ahli kad yang dihormati,

Dengan perlaksanaan penghantaran PIN melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS), PIN sementara untuk kad anda akan dihantar melalui SMS ke nombor telefon mudah alih anda yang berdaftar dengan AFFINBANK / AFFIN ISLAMIC BANK.

  • PIN sementara bagi kad baharu anda akan dihantar kepada anda apabila kad anda berjaya diaktifkan.
  • Sekiranya anda terlupa PIN anda, anda boleh hubungi kami di 03-5522 3000 atau 03-5517 9999 (untuk AFFINBANK World Mastercard) semasa waktu pejabat atau 03-2028 6300 selepas waktu pejabat. PIN Sementara baharu anda akan dikeluarkan dan dihantar melalui SMS atas permintaan anda.

Langkah Untuk Menukar Pin Sementara Anda
1. Kunjungi ATM AFFINBANK / AFFIN ISLAMIC BANK terdekat
2. Masukkan kad PIN anda
3. Masukkan PIN Sementara anda
4. Pilih opsyen  tukar PIN
5. Masukkan PIN baharu anda
6. Masukkan semula PIN baharu anda untuk pengesahan
7. PIN berjaya ditukar

Nota: Tukar PIN sementara anda ke PIN baharu pilihan anda sebelum anda menggunakan kad anda untuk sebarang transaksi. PIN sementara anda hanya sah untuk tempoh 30 hari selepas anda menerima PIN anda.

Sila klik di sini untuk Soalan Lazim PIN & BAYAR yang terkini atau lawati www.affinbank.com.my atau www.affinislamic.com.my untuk terma dan syarat lengkap.


Terima kasih

Affin Bank Berhad / Affin Islamic Bank Berhad
Jabatan Perniagaan Kad

Retail Internet Banking

Corporate Internet Banking

Contact Us

Call Centre
03-5522 3000

Tariff Charges insert_drive_file
Rates & Charges attach_money
Calculator phonelink_ring