News

News Room


Kumpulan AFFINBANK Menghulurkan Bantuan Di Pertiwi Soup Kitchen

  

Kapsyen:
Foto 1 : En. Kamarul Ariffin Mohd Jamil, Pengarah Urusan / Ketua Pegawai Eksekutif, Affin Bank Berhad dan En. Nazlee Khalifah, Ketua Pegawai Eksekutif, Affin Islamic Bank Berhad (kedua dan ketiga di kiri) sedang menyediakan sandwic dengan kakitangan Bank yang lain untuk golongan gelandangan.
Foto 2 : Beberapa ahli pengurusan kanan dan kakitangan Kumpulan AFFINBANK bekerjasama menyediakan makanan untuk golongan gelandangan di PERTIWI Soup Kitchen.
Foto 3 : En. Kamarul Ariffin Mohd Jamil, Pengarah Urusan / Ketua Pegawai Eksekutif, Affin Bank Berhad dan En. Nazlee Khalifah, Ketua Pegawai Eksekutif, Affin bersama kakitangan-kakitangan Bank yang menjadi sukarelawan di PERTIWI Soup Kitchen.


KUALA LUMPUR – Seramai 100 kakitangan Kumpulan AFFINBANK (AFFINBANK atau Bank) baru-baru ini telah menjadi sukarelawan di Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (PERTIWI) Soup Kitchen untuk mengagihkan makanan kepada golongan gelandangan dan miskin tegar.

Sesi pengagihan makanan yang diadakan sebanyak tiga malam yang berasingan itu menyaksikan kakitangan-kakitangan Bank, termasuk ahli Pengurusan Kanan membantu membuat sandwic sardin sebelum mengedarkan makanan, minuman dan ais krim, yang ditaja oleh AFFINBANK di stesen makanan yang dibina oleh PERTIWI di Medan Tuanku, Kuala Lumpur.

"Ini sememangnya pengalaman yang baik untuk  kakitangan kami dalam inisiatif  menyumbang kembali kepada masyarakat. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada PERTIWI atas peluang yang diberikan ini," kata En. Kamarul Ariffin Mohd Jamil, Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif, AFFINBANK.

PERTIWI ditubuhkan untuk menjaga kebajikan dan keperluan golongan yang terpinggir di Malaysia. Projek ‘Soup Kitchen’ mudah alih yang dimulakan pada tahun 2010 memberikan makanan percuma dan bantuan-bantuan yang lain kepada golongan gelandangan dan miskin tegar di sekitar Kuala Lumpur.

Untuk sebarang pertanyaan media, sila hubungi:-

Raja Emylia Raja Lope Ahmad  
Ketua, Komunikasi Korporat
Affin Bank Berhad

Talian terus : +6 03 2055 9428
Faks : +6 03 2026 1104
Email :  head.corpcomm@affinbank.com.my

Darlene Liew
Eksekutif Kanan, Komunikasi Korporat
Affin Bank Berhad

Talian terus : +6 03 2055 9034
Faks : +6 03 2026 1104
Email : darleneliew@affinbank.com.my


Mengenai Kumpulan AFFINBANK

Affin Bank Berhad (AFFINBANK) adalah subsidiari milik penuh Affin Holdings Berhad yang disenaraikan di Bursa Malaysia. AFFINBANK menawarkan pelbagai pilihan produk dan perkhidmatan kewangan yang memenuhi kehendak pelanggan individu, perusahaan kecil & sederhana dan korporat. Sasaran bidang perniagaan telah dikategorikan di bawah unit-unit perniagaan utama dalam Bank, iaitu Perbankan Pengguna, Perbankan Perusahaan Kecil & Sederhana dan Komersil, Perbankan Korporat & Sektor Awam dan Perbendaharaan.

Cogan kata “Perbankan Tanpa Batasan” melambangkan penyingkiran batasan dalam proses-proses Bank dan juga perkhidmatan pelanggan secara menyeluruh. Perkhidmatan pelanggan secara menyeluruh melambangkan usaha pihak Bank dalam memenuhi keperluan pelanggan dan meningkatkan tahap perkhidmatan sebagai tanda penghargaan dan juga mengekalkan perhubungan baik dengan pelanggan. AFFINBANK berusaha secara berterusan dalam penggunaan kaedah pendekatan baru dalam perbankan dan mengubah cara perbankan konvensional.

AFFINBANK juga menawarkan produk-produk perbankan Islam melalui subsidiari perbankan Islam iaitu Affin Islamic Bank Berhad (AFFIN ISLAMIC), sebuah entiti perbankan Islam penuh yang menawarkan rangkaian lengkap produk dan perkhidmatan berdasarkan prinsip and undang Syariah.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.affinbank.com.my atau www.affinislamic.com.my ataupun kunjungi cawangan AFFINBANK atau AFFIN ISLAMIC yang terdekat.

Retail Internet Banking

Corporate Internet Banking

Contact Us

Call Centre
03-5522 3000

Tariff Charges insert_drive_file
Rates & Charges attach_money
Calculator phonelink_ring