News

News Room


Institusi Perbankan Islam Pelopori Usahasama Membangun Dana Wakaf

Industri perbankan Islam telah melangkah setapak lagi dalam usaha memajukan ekonomi Islam setelah wakil-wakil daripada enam (6) institusi perbankan Islam memeterai Perjanjian Usahasama Strategik Dana Wakaf yang di adakan di pejabat Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM) semalam.

Kerjasama strategik di antara Affin Islamic Bank Berhad, Bank Islam Malaysia Berhad, Bank Muamalat Malaysia Berhad, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad, Maybank Islamic Berhad dan RHB Islamic Bank Berhad ini merupakan satu salah satu inisiatif bagi industri perbankan Islam dalam menyediakan pengantaraan berasaskan nilai kepada pengguna. 

Dato’ Mohd Redza Shah Abdul Wahid, Presiden AIBIM menjelaskan bahawa, “Bank-bank Islam menyedari bahawa wakaf memiliki potensi besar dalam membangunkan ekonomi umat Islam berdasarkan banyak tanah-tanah wakaf yang berpotensi untuk pembangunan dan anggota masyarakat yang dermawan. Oleh itu bank-bank Islam berhasrat menyokong usaha Majlis-majlis Agama Islam Negeri (MAIN) sebagai pemegang amanah tunggal wakaf dengan bersama mengenalpasti projek yang berimpak tinggi untuk dimajukan dan memaksimumkan penggunaan saluran-saluran perbankan untuk pelanggan-pelanggannya mengambil bahagian dengan menyumbang dana kepada pembangunan projek-projek berkenaan.”

Projek-projek wakaf yang akan dibangunkan akan ditumpukan dalam empat (4) sektor iaitu pemerkasaan ekonomi, pendidikan, kesihatan dan pelaburan. Pada ketika ini lapan (8) MAIN telah menyatakan persetujuan untuk turut serta dalam inisiatif ini dan setiap MAIN dan bank Islam peneraju yang ditentukan akan menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pengurusan Bersama untuk menyelia projek secara dekat. Dalam kerjasama strategik ini, bank-bank Islam peserta yang lain bersetuju untuk membenarkan saluran perbankan mereka digunakan oleh anggota masyarakat untuk menyumbang dana bagi projek-projek tersenarai pilihan mereka.

Dato’ Mohd Redza Shah Abdul Wahid menambah, “Bagi memastikan tadbir urus yang baik dalam inisiatif ini, AIBIM akan mengeluarkan Kod Tadbir Urus dan Pentadbiran yang mengemukakan prinsip-prinsip pemandu untuk dipatuhi oleh bank-bank peserta yang merangkumi keperluan pendedahan dan pelaporan kepada penyumbang-penyumbang dana sebanding dengan aspek-aspek kawal selia operasi perbankan Islam yang lain.”

Setelah pelancaran rasmi pada suku keempat tahun ini, rakyat Malaysia akan berpeluang menggunakan saluran-saluran perbankan enam buah bank Islam tersebut untuk turut serta membangunkan projek wakaf yang dikenalpasti.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi AIBIM di 03-20268002/3.

– Tamat –


Tentang AIBIM

Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia ( AIBIM ) telah ditubuhkan pada tahun 1996. Pada masa ini, AIBIM mempunyai keahlian seramai 27 bank anggota. Organisasi ini menggalakkan sistem perbankan Islam yang kukuh di Malaysia; mewakili kepentingan ahli di dalam dan di luar negara; memberikan nasihat dan bantuan kepada para ahli dalam pembangunan perbankan dan kewangan Islam di peringkat tempatan, serantau dan global; menyelaras inisiatif pembangunan modal insan, serta meningkatkan kesedaran awam.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Ratna Sha’erah Kamaludin
Pengarah, AIBIM
Email: ratna@aibim.com
Tel: +603-2026802/8003

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM) di e mel staff@aibim.com atau talian 03-2026

Retail Internet Banking

Corporate Internet Banking

Contact Us

Call Centre
03-5522 3000

Tariff Charges insert_drive_file
Rates & Charges attach_money
Calculator phonelink_ring