News

News Room


O.M.G RETURNS! BIGGER THAN EVER


Kapsyen:

En. Kamarul Ariffin Mohd Jamil, Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif (keempat dari kiri) bersama pemenang-pemenang Hadiah Utama


KUALA LUMPUR
– Kumpulan AFFINBANK ("AFFINBANK" atau "Bank") hari ini mengumumkan pemenang-pemenang untuk kempen ‘O.M.G Returns! Bigger than Ever’ di sebuah majlis penyampaian hadiah yang diadakan di Menara Affin.

Seramai enam pemenang dipilih dari setiap wilayah di Malaysia untuk membawa pulang Hadiah Utama yang berupakan kereta-kereta kebangsaan Malaysia. Senarai nama pemenang adalah seperti berikut;

Nama pemenang Wilayah Hadiah
Ms Foong Li Lin Tengah Proton Persona
Ms Lim Onn Gie Tengah Perodua Myvi
Mr Khoo Kek Sheng @ Khoo Chee Sing Utara Proton Persona
Dato’ Lee Chin Hwa Selatan Proton Persona
Pn. Saripah Zarina Bt Said Sobian Pantai Timur Perodua Myvi
Dato’ Watson Tho Ming Lian Malaysia Timur Perodua Myvi

Kempen ‘O.M.G Returns! Bigger than Ever’ ini dilancarkan pada Disember 2016 dan berakhir pada Jun 2017. Pelanggan-pelanggan AFFINBANK dan AFFIN ISLAMIC bagi pelbagai produk seperti deposit, pinjaman, bancassurance dan lain-lain layak menyertai kempen tersebut.

Selain kereta, 16 peserta bertuah juga memenangi Hadiah Kedua yang ditawarkan dalam bentuk wang tunai bernilai RM8,000 dan baucar elektrik bernilai RM2,000 setiap satu, di samping Hadiah Ketiga dengan wang tunai bernilai RM4,000 dan baucar elektrik bernilai RM1,000 setiap satu. Bank juga memberikan 420 hadiah bulanan dalam bentuk baucar tunai bernilai RM1,000 setiap satu.

“Sejak kempen O.M.G ini dijalankan pada tahun 2016, kami berasa berbesar hati untuk mencatatkan pertumbuhan runcit sebanyak 17% bersamaan 48,732 akaun baharu, kata En. Kamarul Ariffin Bin Mohd Jamil, Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif, AFFINBANK.

Terdahulu pada bulan Jun, Bank telah melancarkan Kad Debit Visa AFFINBANK dan AFFIN ISLAMIC yang menyediakan akses mudah dan terjamin kepada pelanggan-pelanggan akaun deposit untuk tujuan mengeluarkan wang tunai di ATM atau membuat transaksi di semua peruncit dan perkhidmatan yang mengambil bahagian melalui rangkaian VISA atau MEPS.

"Kami ingin menasihati para pelanggan untuk menukar Kad MyDebit mereka kepada Kad Debit AFFINBANK VISA baharu ini kerana ciri-cirinya yang memanfaatkan teknologi pembayaran terkini dan diterima di semua saluran penerimaan VISA di dalam dan luar negara," katanya.

Bank juga memperkenalkan program ganjaran yang berdasarkan kutipan mata bagi buat pertama kalinya, AFFIN Rewards di mana para pelanggan boleh mengutip satu (1) mata untuk setiap RM1 yang dibelanjakan dengan menggunakan Kad Kredit AFFINBANK manakala tiga (3) mata untuk setiap RM10 dibelanjakan menggunakan AFFINBANK atau AFFIN ISLAMIC Debit kad. Melalui kutipan mata tersebut, para pelanggan boleh memilih untuk menebus pelbagai barangan seperti baucer membeli-belah, peralatan elektrik dan lain-lain melalui laman sesawang www.rewards.affinbank.com.my

Inisiatif ini juga sejajar dengan Program Transformasi AFFINITY yang sedang dijalankan, di mana Bank berhasrat menawarkan lebih banyak produk dan perkhidmatan yang inovatif untuk meningkatkan pengalaman pelanggan.

Pada bulan ini, AFFINBANK juga melancarkan kempen ‘Belanja, Makan dan Menang!” yang akan berlangsung sehingga 20 Februari 2018. Ahli-ahli Kad Visa Debit AFFINBANK atau AFFIN ISLAMIC yang berbelanja menggunakan kad mereka berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah dalam bentuk wang tunai dan baucar bernilai lebih dari RM 73,000. Untuk maklumat lanjut, layari www.affinbank.com.my atau www.affinislamic.com.my.

-TAMAT-

Untuk sebarang pertanyaan media, sila hubungi:-

Raja Emylia Raja Lope Ahmad  
Ketua, Komunikasi Korporat
Affin Bank Berhad

Talian terus : +6 03 2055 9428
Faks : +6 03 2026 1104
Email :  head.corpcomm@affinbank.com.my


Darlene Liew
Eksekutif Kanan, Komunikasi Korporat
Affin Bank Berhad

Talian terus : +6 03 2055 9034
Faks : +6 03 2026 1104
Email : darleneliew@affinbank.com.my


Mengenai Kumpulan AFFINBANK

Affin Bank Berhad (AFFINBANK) adalah subsidiari milik penuh Affin Holdings Berhad yang disenaraikan di Bursa Malaysia. AFFINBANK menawarkan pelbagai pilihan produk dan perkhidmatan kewangan yang memenuhi kehendak pelanggan individu, perusahaan kecil & sederhana dan korporat. Sasaran bidang perniagaan telah dikategorikan di bawah unit-unit perniagaan utama dalam Bank, iaitu Perbankan Pengguna, Perbankan Perusahaan Kecil & Sederhana dan Komersil, Perbankan Korporat & Sektor Awam dan Perbendaharaan.

Cogan kata “Perbankan Tanpa Batasan” melambangkan penyingkiran batasan dalam proses-proses Bank dan juga perkhidmatan pelanggan secara menyeluruh. Perkhidmatan pelanggan secara menyeluruh melambangkan usaha pihak Bank dalam memenuhi keperluan pelanggan dan meningkatkan tahap perkhidmatan sebagai tanda penghargaan dan juga mengekalkan perhubungan baik dengan pelanggan. AFFINBANK berusaha secara berterusan dalam penggunaan kaedah pendekatan baru dalam perbankan dan mengubah cara perbankan konvensional.

AFFINBANK juga menawarkan produk-produk perbankan Islam melalui subsidiari perbankan Islam iaitu Affin Islamic Bank Berhad (AFFIN ISLAMIC), sebuah entiti perbankan Islam penuh yang menawarkan rangkaian lengkap produk dan perkhidmatan berdasarkan prinsip and undang Syariah.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.affinbank.com.my atau www.affinislamic.com.my ataupun kunjungi cawangan AFFINBANK atau AFFIN ISLAMIC yang terdekat.

Retail Internet Banking

Corporate Internet Banking

Contact Us

Call Centre
03-5522 3000

Tariff Charges insert_drive_file
Rates & Charges attach_money
Calculator phonelink_ring