News

News Room


Kumpulan AFFINBANK Menyambut Hari Deepavali Bersama Golongan Kurang Bernasib Baik Dan Kanak-Kanak






Kapsyen:

Photo 1 – Gambar kumpulan bersama warga-warga Persatuan Kebajikan Sweet Care Selangor (PKSC) dan ahli-ahli Pengurusan Kanan Kumpulan AFFINBANK (berdiri keempat dari kiri), Encik Ramanathan Rajoo, Ketua Pegawai Kewangan, AFFINBANK dan (berdiri kedua dari kanan), En. Mohammed Nizar Faisal, Pengarah, Korporate & Perniagaan Sektor Awam, AFFINBANK.  

Photo 2 – En. Ramanathan Rajoo, Ketua Pegawai Kewangan menghidangkan makan tengah hari kepada kanak-kanak di rumah kebajikan tersebut.  

Photo 3 – En. Mohammed Nizar Faisal, Pengarah Korporat & Perniagaan Sektor Awam, AFFINBANK beramah-mesra bersama kanak-kanak di PKSC semasa makan tengah hari.



KUALA LUMPUR – Bersempena dengan perayaan Pesta Cahaya, pihak pengurusan dan kakitangan Kumpulan AFFINBANK ("AFFINBANK" atau "Bank") meluangkan masa bersama golongan kurang bernasib baik dan kanak-kanak di Persatuan Kebajikan Sweet Care Selangor & Kuala Lumpur (PKSC).

Seramai 105 warga PKSC dihiburkan dengan persembahan badut, selain disajikan dengan makanan tengah hari yang lazat.

"Kami berharap dengan lawatan ini dan sedikit sumbangan daripada pihak Bank dapat meringankan beban rumah kebajikan ini sempena perayaan Deepavali baru-baru ini," kata En. Kamarul Ariffin Mohd Jamil, Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif, AFFINBANK.

Ditubuhkan pada tahun 2013, PKSC yang terletak di Selayang menempatkan golongan yang kurang bernasib baik yang berumur antara satu hingga 26 tahun, termasuk kanak-kanak, ibu tunggal dan warga emas.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah En. Mohammed Nizar Faisal, Pengarah Korporat & Perniagaan Sektor Awam dan En. Ramanathan Rajoo, Ketua Pegawai Kewangan, AFFINBANK.

 

Untuk sebarang pertanyaan media, sila hubungi :-

Raja Emylia Raja Lope Ahmad
Ketua, Komunikasi Korporat
Affin Bank Berhad
Talian terus  : +6 03 2055 9428
Faks             : +6 03 2026 1104
Emel             : head.corpcomm@affinbank.com.my

Darlene Liew
Eksekutif Kanan, Komunikasi Korporat
Affin Bank Berhad
Talian terus : +6 03 2055 9034
Faks  : +6 03 2026 1104
Emel   : darleneliew@affinbank.com.my


Mengenai Kumpulan AFFINBANK

Affin Bank Berhad (AFFINBANK) adalah subsidiari milik penuh Affin Holdings Berhad yang disenaraikan di Bursa Malaysia.

AFFINBANK menawarkan pelbagai pilihan produk dan perkhidmatan kewangan yang memenuhi kehendak pelanggan individu, perusahaan kecil & sederhana dan korporat. Sasaran bidang perniagaan telah dikategorikan di bawah unit-unit perniagaan utama dalam Bank, iaitu Perbankan Pengguna, Perbankan Perusahaan Kecil & Sederhana dan Komersil, Perbankan Korporat & Sektor Awam dan Perbendaharaan.

Cogan kata “Perbankan Tanpa Batasan” melambangkan penyingkiran batasan dalam proses-proses Bank dan juga perkhidmatan pelanggan secara menyeluruh. Perkhidmatan pelanggan secara menyeluruh melambangkan usaha pihak Bank dalam memenuhi keperluan pelanggan dan meningkatkan tahap perkhidmatan sebagai tanda penghargaan dan juga mengekalkan perhubungan baik dengan pelanggan. AFFINBANK berusaha secara berterusan dalam penggunaan kaedah pendekatan baru dalam perbankan dan mengubah cara perbankan konvensional.

AFFINBANK juga menawarkan produk-produk perbankan Islam melalui subsidiari perbankan Islam iaitu Affin Islamic Bank Berhad (AFFIN ISLAMIC), sebuah entiti perbankan Islam penuh yang menawarkan rangkaian lengkap produk dan perkhidmatan berdasarkan prinsip and undang Syariah.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.affinbank.com.my atau www.affinislamic.com.my ataupun kunjungi cawangan AFFINBANK atau AFFIN ISLAMIC yang terdekat.

Retail Internet Banking

Corporate Internet Banking

Contact Us

Call Centre
03-5522 3000

Tariff Charges insert_drive_file
Rates & Charges attach_money
Calculator phonelink_ring