News

Announcement


Amaran Wang Kertas yang Dicemari Dakwat

1) Apakah teknologi dakwat?

Teknologi dakwat dipasang di Mesin Pengeluaran Wang Automatik (ATM) untuk menghalang serangan rompakan. Sekiranya berlaku percubaan atau rompakan sebenar, teknologi ini akan mengeluarkan dakwat keselamatan yang tidak boleh dipadam atau kekal yang akan mencemarkan wang kertas yang menjadikannya tidak sesuai digunakan.

2) Bagaimana mengenal pasti wang kertas berdakwat?

Wang kertas Malaysia yang berdakwat dapat dikenal pasti dengan pemeriksaan visual. Disebabkan kedudukan tertentu wang kertas di ATM, wang kertas yang terjejas akan mempunyai kesan dakwat pada sekurang-kurangnya tiga tepi luar wang kertas.

3) Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai wang kertas berdakwat, sila rujuk kepada Soalan Lazim oleh Bank Negara atau hubungi Bank Negara Malaysia di:

Tel : 1-300-88-5465 (1-300-88-LINK)
        (Luar Negara: + 603-2174-1717)
Faks : +603 - 2174 1515
E-mel : bnmtelelink@bnm.gov.my

Retail Internet Banking

Corporate Internet Banking

Contact Us

Call Centre
03-5522 3000

Tariff Charges insert_drive_file
Rates & Charges attach_money
Calculator phonelink_ring