News

News Room


Penyusunan Semula Syarikat Kumpulan Affin

KUALA LUMPUR, 2 Februari 2018 – AFFIN Holdings Berhad (”AFFIN Holdings”) telah berjaya menyempurnakan pengagihan semua saham AFFIN Bank Berhad (”AFFIN Bank”) kepada para pemegang sahamnya ("Pengedaran") hari ini.

AFFIN Bank kini merupakan syarikat induk kepada AFFIN Islamic Bank Berhad, AFFIN Hwang Investment Bank Berhad, AFFIN Moneybrokers Sdn Bhd dan AXA AFFIN Life Insurance Berhad, manakala AXA AFFIN General Insurance Berhad adalah syarikat bersekutu AFFIN Bank. AFFIN Holdings kini tidak aktif dan akan dibubarkan dalam masa terdekat.

AFFIN Bank akan disenaraikan di Bursa Malaysia pada 2 Februari 2018, sebagai ganti kepada AFFIN Holdings. Di masa hadapan, AFFIN Bank akan menerajui pertumbuhan masa depan Kumpulan AFFIN Bank.

"Seiring dengan dinamik ekonomi dan industri yang terus berkembang, adalah penting untuk kami meletakkan strategi yang tepat yang berdasarkan pada kecekapan, produktiviti, lebih berdaya saing dan berkelainan. 2018 akan menjadi tahun yang penting bagi Kumpulan AFFIN memandangkan kami akan meneruskan trajektori pertumbuhan kami dengan aktiviti penyusunan semula kumpulan ini, Program Transformasi Affinity berserta pelancaran Penawaran Digital kami – Kamarul Ariffin Mohd Jamil, Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif AFFIN Bank.


-TAMAT-

Kenyataan Media ini mengandungi kenyataan jangkaan masa hadapan. Walaupun AFFIN percaya bahawa jangkaan yang dicerminkan dalam kenyataan tersebut adalah munasabah pada tarikh siaran kenyataan ini, namun tiada jaminan bahawa jangkaan sedemikian akan menjadi kenyataan.


Mengenai Kumpulan AFFIN

Kumpulan AFFIN adalah sebuah konglomerat perkhidmatan kewangan. Aktiviti Kumpulan AFFIN bertumpu pada aktiviti komersil, pelaburan perkhidmatan perbankan Islamik, pembrokeran wang, pengurusan aset dan pengunderaitan perniagaan insuran hayat dan am. Pemegang saham utama AFFIN adalah Lembaga Tabung Angkatan Tentera yang merupakan pengurus dana faedah persaraan utama  Angkatan Tentera Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai kenyataan akhbar ini, sila e-mel kepada ir@affinbank.com.my

Retail Internet Banking

Corporate Internet Banking

Contact Us

Call Centre
03-5522 3000

Tariff Charges insert_drive_file
Rates & Charges attach_money
Calculator phonelink_ring