Siaran Media 2008


4 September 2008

AFFINBANK hulur sumbangan Aidil Fitri untuk warga Angkatan Tentera Malaysia

imgsg

Kuala Lumpur - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa mendapat tempat istimewa di hati AFFINBANK. Pengorbanan serta sumbangan mereka dalam menjaga keamanan dan keselamatan negara amat dirasai Ramadhan ini, terutama bagi mereka yang terpaksa bertugas jauh dari keluarga tersayang.

Tahun ini, AFFINBANK meneruskan tradisi dengan sumbangan tunai dan tenaga bernilai RM100,000 bagi sama-sama berkongsi kemeriahan Ramadhan dengan anggota tentera yang bertugas di luar negara. AFFINBANK telah meningkatkan bantuan kewangannya berbanding tahun lalu sebagai warga korporat mithali di kalangan angg          ota tentera.

 “Sumbangan ikhlas AFFINBANK ini melambangkan komitmen dan tanda terima kasih kami kepada anggota tentera yang bukan sahaja berkorban menjaga keamanan dan keselamatan negara, malah sebagai duta dalam mempromosikan kepelbagaian bangsa dan budaya negara ketika bertugas dalam misi luar negara dan sebagai individu yang rela berkorban dalam operasi meyelamat,” kata Pengerusi AFFINBANK dan AFFINISLAMIC, Jen. Tan Sri Dato’ Seri Ismail Hj. Omar (B).

Tambah beliau lagi: “Kami telah membuat sumbangan secara berterusan bagi sambutan Ramadhan untuk warga ATM sejak 4 tahun lalu. Jangka masa ini cukup untuk menggambarkan hubungan serta komitmen kami sebagai warga korporat yang bertanggungjawab kepada mereka yang sanggup bertarung nyawa untuk negara. Ini menjadikan Hari Raya lebih bermakna bukan saja untuk anggota tentera, malah semua warga Malaysia.”

Selain bantuan kewangan, para sukarelawan AFFINBANK menerusi persatuan kebajikannya AFFINCare juga turut menggembeling tenaga membungkus ribuan bungkusan Hari Raya yang bakal dihantar ke luar negara untuk dinikmati oleh anggota tentera menjelang Aidil Fitri kelak.

 

< back>

All contents © 2008 Affin Bank Berhad.