|
19 September 2008
AFFINBANK rai Ramadhan bersama kanak-kanak kurang bernasib baik dan saudara baru

Kuala Lumpur – Affin Bank Berhad (AFFINBANK) meneruskan tradisi Ramadhannya tahun ini dengan mengadakan “Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-anak Yatim & Saudara Baru” bersama 128 anak yatim dan 30 saudara baru dari sekitar Lembah Kelang.
“AFFINBANK, sebagai warga korporat yang bertanggungjawab, sentiasa mementingkan sifat penyayang, pemurah dan perkongsian dengan masyarakat umum. Bersempena dengan bulan Ramadhan ini, kami ingin berkongsi kegembiraan kami bersama kanak-kanak dan saudara baru,” kata pengerusi AFFINBANK/ AFFINISLAMIC, Jen. Tan Sri Dato’ Seri Ismail Hj. Omar (B).
Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-anak Yatim & Saudara Baru diadakan di ibu pejabat AFFINBANK di Kuala Lumpur. Ia dihadiri lembaga pengarah, pihak pengurusan serta warga kerja AFFINBANK, AFFINISLAMIC dan AFFININVESTMENTBANK.
Salah satu kemuncak acara malam itu ialah penyampaian duit raya dalam bentuk buku penyata akaun simpanan kepada kanak-kanak dan saudara baru tersebut oleh Jen. Tan Sri Ismail, pengarah urusan/ ketua eksekutif AFFINBANK Dato' Sri Abdul Hamidy Abdul Hafiz dan penaung AFFINCare Datin Sri Mainah Abdul Karim.
<
back> |