Siaran Media 2007


Mac 30, 2007

Tunai sehingga RM250,000 untuk dimenangi dalam 'The AFFINBANK Quarter Million Deal'

KUALA LUMPUR – Ingin memenangi tunai sehingga RM250 ribu? Affin Bank Berhad (AFFINBANK) boleh membantu anda!
Bank itu membuka tirai bulan April ini dengan peraduan ‘The AFFINBANK Quarter Million Deal', yang menawarkan hadiah utama tunai sehingga RM100 ribu dan lima hadiah tunai bulanan sehingga RM5,000 setiap bulan untuk enam bulan. Peraduan terbuka kepada semua pemegang akaun simpanan dan semasa perseorangan baru dan sedia ada.
"Kami berhasrat untuk memberikan ganjaran kepada pelanggan yang menyimpan dengan kami menerusI peluang keemasan untuk memenangi wang tunai," kata YBhg. Jeneral (B) Tan Sri Dato’ Seri Ismail Haji Omar, Pengerusi AFFINBANK.

"Pada masa yang sama, kami berharap untuk menggalakkan tabiat menyimpan di kalangan rakyat Malaysia terutama generasi muda. Saya yakin hadiah sehingga RM250 ribu ini akan menarik ramai lagi untuk menyimpan dengan kami," tambah beliau.

Untuk memenangi hadiah, pelanggan sedia ada AFFINBANK hanya perlu mengekalkan Baki Purata Bulanan (BPB) tambahan minima sebanyak RM2,000 dalam akaun mereka sepanjang tempoh kempen. BPB merujuk kepada agregat baki kredit untuk satu-satu bulan dibahagi dengan bilangan hari dalam bulan itu. Bagi pelanggan baru, mereka hanya perlu membuka akaun dengan deposit tidak kurang dari RM2,000.

Peraduan bermula 1 April hingga 30 September 2007. Mereka yang masih belum membuka akaun sila lawati mana-mana cawangan AFFINBANK atau AFFINISLAMIC seluruh negara.


 

Mengenai AFFINBANK

Affin Bank Berhad (AFFINBANK) ialah anak syarikat milik penuh Affin Holdings Berhad yang tersenarai di Bursa Malaysia.

Ia ditubuhkan pada Januari 2001 susulan penggabungan antara Perwira Affin Bank Berhad dan BSN Commercial (M) Berhad pada Ogos 2000. Pada Jun 2005, ia bergabung pula dengan Affin-ACF Finance Berhad. Setakat ini, ia memiliki rangkaian 82 cawangan di seluruh Negara. Bank tersebut sentiasa meninjau semula capaian geografi cawangan-cawangannya untuk memberikan khidmat yang lebih baik kepada pelanggan. Justeru, ia akan terus mencari lokasi-lokasi baru yang strategik bagi cawangan sedia ada dan menempatkannya semula jika perlu.

AFFINBANK menawarkan khidmat kepada pelanggan runcit dan korporat. Unit-unit perniagaan Bank itu terdiri daripada Perbankan Perusahaan, Perbankan Pengguna dan Pasaran Hutang dan Modal. Perbankan Pengguna memberikan pelanggan perseorangan khidmat kad kredit, pinjaman peribadi, pinjaman perumahan, sewa-beli dan pengambilan deposit. Sementara itu, Perbankan Perusahaan menawarkan syarikat, pelanggan institusi dan IKS khidmat perbankan korporat, pembiayaan kontrak dan pembiayaan perdagangan. Perbankan Perdagangan berfungsi sebagai sambungan penting kepada unit-unit perniagaan yang lain dari segi hubungan dan peluang perniagaan.

Anak syarikat milik penuh AFFINBANK iaitu Affin Islamic Bank Berhad (AFFINISLAMIC) memulakan operasi pada 1 April 2006. Sebagai sebuah bank Islam, AFFINISLAMIC menawarkan barisan produk dan khidmat perbankan Islam yang lengkap merangkumi perbankan Perusahaan dan Pengguna.

Perbankan Tanpa Batasan™ melambangkan penghapusan sempadan dari semua proses serta sikapnya dalam melayani pelanggan. Layanan yang dimaksudkan ialah dari segi membantu pelanggan, memperbaiki perhubungan dengan mereka, memberikan semua pelanggan layanan istimewa dan bukan hanya segelintir serta memperbaiki mutu perkhidmatan. Pendek kata, AFFINBANK mengambil pendekatan baru kepada perbankan serta menukar wajah perbankan konvensional.

 

< kembali >

All contents © 2007 Affin Bank Berhad.