|
KEPERLUAN PENGISYTIHARAN MATA WANG YANG BAHARU DI KESEMUA PINTU MASUK DAN KELUAR MALAYSIA
Selaras dengan usaha global untuk mencegah pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan, berkuat kuasa 1 Januari 2010, pengembara yang
memasuki atau meninggalkan Malaysia dengan membawa wang tunai dan/atau instrumen pembawa boleh niaga (contohnya cek kembara, cek pembawa)
melebihi nilai bersamaan dengan USD10,000 dimestikan membuat pengisytiharan dalam borang Kastam No. 22. Borang Kastam No. 22
disediakan di kaunter-kaunter sebelum tempat pemeriksaan Kastam di kesemua pintu masuk dan keluar Malaysia.
Pengisytiharan ini tertakluk di bawah seksyen 23 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001
(AMLATFA) dan selaras dengan Cadangan Khas IX oleh Pasukan Petugas Tindakan Kewangan yang menghendaki negara-negara mewujudkan langkahlangkah
untuk mengesan pemindahan wang tunai dan instrumen pembawa boleh niaga merentas sempadan secara fizikal. Pengembara boleh didenda
sehingga RM1 juta dan/atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun sekiranya gagal membuat pengisytiharan atau membuat
pengisytiharan palsu.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Jabatan Kastam Diraja Malaysia atau Bank Negara Malaysia di pusat perhubungan berikut:
Jabatan Kastam Diraja Malaysia
Cawangan Perhubungan Awam
Ibu Pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia
Tel: 1-800-88-8855/+6 03-8882 4803/+6 03-8882 2929 atau
E-mel: kastam: kastam@customs.gov.my/aduan@customs.gov.my
Laman Sesawang: http://www.customs.gov.my
Bank Negara Malaysia
BNMTELELINK (Pusat Perhubungan Pelanggan)
Tel: 1-300-88-5465 atau
E-mel: bnmtelelink@bnm.gov.my
Laman Sesawang: http://www.bnm.gov.my
Lihat juga :
1. Risalah [Bahasa Inggeris] [Bahasa Malaysia]
2. Contoh borang - KASTAM No. 22 [Bahasa Inggeris] [Bahasa Malaysia]
|