News

Announcement


NOTIS: PERTUKARAN KONSEP SYARIAH BAGI AFFIN BARAKAH CHARITY ACCOUNT-i

Pelanggan Yang Dihargai,
 
Kami ingin memaklumkan kepada anda bahawa berkuatkuasa 12 Januari 2021, AFFIN Barakah Charity Account-i (“ABCA-i”) yang berstruktur di bawah konsep Syariah Qard akan diubah kepada konsep Syariah Tawarruq/Komoditi Murabahah. Dengan perubahan ini, pihak Bank akan berhenti menawarkan ABCA-i di bawah konsep Syariah Qard.
 
Perubahan konsep Syariah ini adalah sebahagian daripada inisiatif Bank untuk menawarkan produk yang lebih baik kepada pelanggan kami. Di bawah konsep Syariah Tawarruq/Komoditi Murabahah, anda akan dapat menikmati kadar pulangan tetap bagi akaun anda dan menerima promosi dan kempen dari Bank pada masa akan datang.
 
Untuk maklumat anda, tiada apa-apa perubahan bagi ciri-ciri produk ABCA-i. Perubahan ini adalah tanpa kos dan tiada perubahan pada nombor akaun sedia ada anda atau cara akaun anda dikendalikan. Anda boleh terus menyumbang kepada kebajikan mengikut peratusan sumbangan kebajikan yang anda pilih sebelum ini.
 
Berikutan dengan perubahan konsep Syariah di atas, sila ambil maklum dengan pindaan Terma dan Syarat dan Lembaran Pendedahan Produk bagi AFFIN Barakah Charity Account-i yang boleh diakses di www.affinislamic.com.my.
 
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk sini bagi Soalan Lazim (FAQs) atau kunjungi cawangan AFFIN ISLAMIC/AFFINBANK terdekat anda atau hubungi kami di talian 03-8230 2222.
 

Retail Internet Banking

Corporate Internet Banking

Contact Us

Call Centre
03-8230 2222

Tariff Charges insert_drive_file
Rates & Charges attach_money
Calculator phonelink_ring