News

Announcement


Penamatan Tawaran Produk Akaun Semasa AFFIN Plus-i kepada Entiti Perniagaan/Organisasi

Sila ambil maklum bahawa berkuat kuasa pada 10 Mac 2021, Affin Islamic Bank Berhad (Bank) akan menamatkan tawaran produk akaun semasa AFFIN Plus-i kepada entiti perniagaan dan organisasi (termasuk persatuan). Semua pemegang akaun semasa AFFIN Plus-i yang sedia ada akan ditukarkan kepada akaun semasa AFFIN SMEdge-i pada 10 Mac 2021 tanpa sebarang perubahan ke atas nombor akaun dan prosedur operasi.
 
AFFIN SMEdge-i ialah akaun semasa yang beroperasi serupa dengan AFFIN Plus-i. Berikut ialah pembayaran Hibah masa lampau yang dibayar oleh Bank kepada pemegang akaun di bawah akaun semasa AFFIN SMEdge-i.
 
Peringkat Deposit (RM) Kadar Hibah Masa Lampau (setahun)*
0 – 50,000 0.00%
>50,000 – 500,000 0.65%
500,000 ke atas 1.85%

*Kadar Hibah yang dipaparkan di atas adalah kadar Hibah masa lampau yang dibayar oleh pihak Bank kepada pemegang akaun. Pihak Bank tidak diwajibkan untuk memberi Hibah kepada pemegang akaun dan pengisytiharan kadar Hibah adalah atas budi bicara mutlak pihak Bank.

Akaun semasa AFFIN Plus-i dan AFFIN SMEdge-i adalah dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia setakat RM250,000 bagi setiap pendeposit.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi smecare@affinbank.com.my

Terima Kasih

Retail Internet Banking

Corporate Internet Banking

Contact Us

Call Centre
03-8230 2222

Tariff Charges insert_drive_file
Rates & Charges attach_money
Calculator phonelink_ring