News

Announcement


Penamatan Tawaran Produk Akaun Semasa CAINT2_CO kepada Entiti Perniagaan

Sila ambil maklum bahawa berkuat kuasa pada 1 Jun 2021, Affin Bank Berhad (Bank) akan menamatkan tawaran produk Akaun Semasa CAINT2_CO kepada entiti perniagaan. Semua pemegang Akaun Semasa CAINT2_CO yang sedia ada akan ditukarkan kepada Akaun Semasa SMEDGE pada 1 Jun 2021 tanpa sebarang perubahan ke atas nombor akaun dan prosedur operasi.
 
Akaun Semasa SMEDGE adalah akaun semasa dengan kadar faedah dikira berpecah bahagian baki dalam setiap tahap julat baki seperti di bawah:
 
Tahap Julat Baki (RM) Kadah Faedah (setahun) *
0 – 50,000 0.00%
>50,000 – 500,000 0.40%
500,000 ke atas 1.40%
* Kadar faedah Akaun Semasa SMEDGE dengan berkuat kuasa dari 1 April 2021 dan tertakluk kepada perubahan sebagaimana yang diumumkan oleh Bank dari semasa ke semasa.

Contoh Pengiraan Faedah Diperolehi untuk Akaun Semasa SMEDGE
 
Contoh 1:
Kadar faedah satu (1) hari yang diperoleh untuk akaun dengan baki tertunggak RM60,000 adalah seperti berikut:
 
Tahap Julat Baki (RM) Kadah Faedah (setahun) Baki
(RM)
Faedah diperolehi
(RM)
0 – 50,000 0.00% RM50,000 pertama x 0.00% / 365* 0.00
>50,000 – 500,000 0.40% RM10,000 seterusnya x 0.40% / 365* 0.11
>500,000 1.40% - 0.00
Jumlah 0.11
*366 jika ini adalah tahun lompat
 
Contoh 2:
Kadar faedah setahun yang diperoleh untuk akaun dengan baki tertunggak RM1,000,000 adalah seperti berikut:
 
Tahap Julat Baki (RM) Kadah Faedah (setahun) Baki
(RM)
Faedah diperolehi
(RM)
0 – 50,000 0.00% RM50,000 pertama x 0.00% 0.00
>50,000 – 500,000 0.40% RM450,000 seterusnya x 0.40% 1,800.00
>500,000 1.40% RM500,000 seterusnya x 1.40% 7,000.00
Jumlah 8,800.00
 
Ahli Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) dan dilindungi oleh PIDM setakat RM250,000 bagi setiap pendeposit.
 
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi smecare@affinbank.com.my
 
Terima Kasih.

Retail Internet Banking

Corporate Internet Banking

Contact Us

Call Centre
03-8230 2222

Tariff Charges insert_drive_file
Rates & Charges attach_money
Calculator phonelink_ring