News

Announcement


Semakan terhadap Terma dan Syarat Spesifik untuk Akaun Semasa dan Simpanan yang ditawarkan di bawah Tawarruq

Pelanggan Yang Dihormati,

Harap maklum bahawa pihak Bank kini menyemak klausa (h) di dalam Terma dan Syarat Spesifik untuk Akaun Semasa dan Simpanan yang ditawarkan di bawah Tawarruq. Semakan ini terpakai kepada pelanggan kami yang sedia ada, dan tiada terma baharu yang memerlukan tindakan lanjut daripada pelanggan kami.

Semakan tersebut adalah seperti berikut:
h.         Penyata Akaun dan Notis Tawarruq
 
  1. Penyata Akaun akan diberikan sekali sebulan atau pada kekerapan lain yang ditentukan oleh pihak Bank dari semasa ke semasa.
  2. Notis Tawarruq akan disediakan apabila diminta oleh Pelanggan yang memperincikan:
 
  1. Urusniaga Komoditi Murabahah untuk bulan tersebut
  2. Harga Jualan
  3. Keuntungan Kontrak bagi Tahun Semasa
  4. Keuntungan Sebenar Yang Telah Dibayar bagi Tahun Semasa
 
  1. Pelanggan boleh meminta Notis Tawarruq tersebut di cawangan-cawangan kami di seluruh negara semasa waktu pejabat. Pihak Bank akan menghantar Notis Tawarruq tersebut melalui e-mel kepada e-mel Pelanggan  atau melalui perkhidmatan pos kepada alamat terakhir Pelanggan  dalam masa  lima (5) hari bekerja dari tarikh permohonan Notis Tawarruq tersebut.
Klausa baru ini akan berkuat kuasa pada 10 Jun 2021.
 
Lanjutan dari semakan di atas, sila ambil perhatian bahawa pihak Bank akan berhenti menghantar Notis Tawarruq berkuat kuasa dari Julai 2021.
 
Jika anda memerlukan Notis Tawarruq tersebut, anda boleh meminta sesalinan untuk di-emel atau dihantar kepada anda di mana-mana cawangan kami di selurah negara.
 
Sila hubungi Pusat Panggilan kami di 03-8230 2222 atau lawati laman web kami di www.affinislamic.com.my untuk maklumat lanjut.

Retail Internet Banking

Corporate Internet Banking

Contact Us

Call Centre
03-8230 2222

Tariff Charges insert_drive_file
Rates & Charges attach_money
Calculator phonelink_ring