News

Announcement


Ke Arah Bumi Hijau dengan e-Penyata untuk Akaun Semasa/Akaun Semasa-i Individu

Pelanggan Yang Dihargai,

Sebagai organisasi yang bertanggungjawab secara sosial, AFFIN BANK/AFFIN ISLAMIC (“pihak Bank”) komited untuk mengurangkan penggunaan kertas bagi mempromosikan kelestarian alam sekitar.

Selaras dengan inisiatif ini, pihak Bank tidak akan lagi menghantar penyata fizikal untuk Akaun Semasa/Akaun Semasa-i Individu kepada anda dan akan melaksanakan e-Penyata berkuat kuasa 1 Ogos 2021.

Untuk memudahkan pelaksanaan e-Penyata ini, anda digalakkan mendaftar atau mengemas kini alamat e-mel anda melalui portal Perbankan Internet Runcit (RIB), affinonline.com atau dengan menghubungi Pusat Panggilan kami di talian 03-8230 2222 atau kunjungi mana-mana cawangan kami. Sebagai pengguna affinonline.com yang berdaftar, anda juga boleh melihat dan memuat turun e-Penyata secara dalam talian.

Sila rujuk Soalan-soalan Lazim (FAQ) untuk maklumat lanjut. 

Terima kasih kerana berurusan dengan kami.

Retail Internet Banking

Corporate Internet Banking

Contact Us

Call Centre
03-8230 2222

Tariff Charges insert_drive_file
Rates & Charges attach_money
Calculator phonelink_ring