News

Announcement


Peringatan Penipuan Permohonan Pembiayaan Peribadi-i

Pelanggan yang dihargai,
 
Kami ingin mengingatkan anda, akhir-akhir ini terdapat kecenderungan peningkatan pihak tidak bertanggungjawab yang menyamar sebagai Pegawai Jualan AFFIN BANK / AFFIN ISLAMIC.
 
Modus operandi kegiatan ini termasuk seperti yang berikut:
  • Memperkenalkan diri sebagai Pegawai Jualan AFFIN BANK / AFFIN ISLAMIC dengan menggunakan kad nama yang kelihatan asli untuk mendapatkan kepercayaan orang ramai,
  • Mempromosikan produk Pembiayaan Peribadi kepada mangsa yang disasarkan, dan
  • Meminta mangsa untuk membayar kos pemprosesan, pentadbiran, bayaran pendahuluan atau pembayaran komisen penjualan untuk permohonan Pembiayaan Peribadi.
AFFIN BANK / AFFIN ISLAMIC tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana Pegawai Jualannya untuk mengenakan sebarang kos pemprosesan, pentadbiran atau bayaran pendahuluan, atau mengumpulkan pembayaran komisen jualan untuk permohonan Pembiayaan Peribadi daripada pelanggan melalui saluran jualan rasmi Bank.
 
Sila hubungi Pusat Panggilan Pelanggan kami melalui telefon di 03 – 8230 2222 atau dengan menghantarkan emel kepada yourvoice@affinbank.com.my untuk sebarang pertanyaan atau pengesahan mengenai produk Pembiayaan Peribadi. 

Retail Internet Banking

Corporate Internet Banking

Contact Us

Call Centre
03-8230 2222

Tariff Charges insert_drive_file
Rates & Charges attach_money
Calculator phonelink_ring