News

Announcement


Program Kemudahan Golf Kad Premium AFFIN

20 Ogos 2019

Ahli Kad AFFIN yang Dihargai,

Dimaklumkan bahawa Terma dan Syarat untuk Program Kemudahan Golf Kad Premium AFFIN akan disemak semula seperti berikut:
 
  1. Penambahan Kelab Golf yang mengambil bahagian.
  • Handara Golf & Resort Bali, Bali, Indonesia
  • Lotus Valley Golf Resort, Bangkok, Thailand.
  1. Semakan syarat-syarat ti mula.
Syarat-syarat ti mula sedia ada:
  • Ahli Kad yang Layak boleh bermain sehingga tiga (3) pusingan dalam sebulan - terhad kepada maksimum dua (2) pusingan golf pada hari bekerja dan satu (1) pusingan pada hujung minggu.
  • Keseluruhan tiga (3) pusingan boleh digunakan sama ada di Malaysia atau Indonesia atau kedua-dua negara selagi permainan telah ditempah dan permainan diselesaikan dalam bulan yang sama.
 
Syarat-syarat ti mula baharu:
  • Ahli Kad yang Layak boleh bermain sehingga empat (4) pusingan dalam sebulan dan boleh digunakan sama ada di Malaysia, Indonesia atau Thailand atau di ketiga-tiga negara.
  1. Syarat-syarat berikut dimansuhkan:
Syarat-syarat Tempahan:
Untuk tempahan kelab golf di Indonesia: Setiap Ahli Kad yang Layak mesti disertai oleh sekurang-kurangnya dua (2) tetamu berbayar bagi setiap tempahan.
  1. Perubahan dalam tempoh notis dari dua puluh satu (21) hari ke tujuh (7) hari.
7.3.   Pihak Bank boleh mengubah, meminda dan/atau mengubahsuai mana-mana Terma dan Syarat yang dinyatakan di sini dari semasa ke semasa dan sebarang perubahan akan diumumkan sekurang-kurangnya tujuh (7) hari dalam laman web pihak Bank di www.affinonline.com dan www.affinislamic.com.my.
 
Semakan ini akan berkuat kuasa bermula 12 September 2019.
 

Retail Internet Banking

Corporate Internet Banking

Contact Us

Call Centre
03-5522 3000

Tariff Charges insert_drive_file
Rates & Charges attach_money
Calculator phonelink_ring